Kuih Ketayap Yang Lembut
Hi Semua, Kali ni Che Nom nak kongsi satu lagi resepi kuih tradisi mudah iaitu kuih ketayap, yang gerenti sedap… wangi dan lembut walaupun disimpan lama, inti yang lembap manis secukup rasa.
Kita perlu sediakan inti kelapa dulu, dari kelapa parut segar dan kemudian sediakan kulit kuih ketayap.
Oleh kerana kulitnya yang lembut, ada tips yang Che Nom akan highlight sepanjang penyediaan resepi ni.Di Indonesia, kuih ini lebih dikenali sebagai dadar gulung.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Inti Kelapa
- 1 biji kelapa parut
- 1/2 cawan gula melaka
- sedikit air
- 1/2 cawan gula putih
- 1-2 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan Untuk Kulit Kuih Ketayap
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan santan cair (ATAU 1 kotak kecil santan cairkan bagi jadi 2 1/2 cawan)
- 1/2 cawan jus pandan (kisar 1/2 cawan air bersama 5-6 helai daun pandan)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil pewarna hijau
- 2 sudu besar minyak masak
- 1/2 - 1 sudu kecil garam
Cara Menyediakan
Untuk Inti Kelapa
- 1Masak kelapa parut (kelapa muda lagi sedap), sedikit air, gula nisan @ gula melaka.
- 2Tambah lagi air supaya gula mudah larut.
- 3Kacau sampai gula cair sikit.
- 4Masukkan daun pandan.
- 5Teruskan masak sampai bahan-bahan larut sekata.
- 6Masukkan gula putih dan garam.
- 7Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan sejukan.
Untuk Kulit Kuih Ketayap
- 1Gunting daun pandan kemudian bland dengan sedikit air.
- 2Ambil air daun pandan.
- 3Masukkan bahan-bahan kedalam blander secara berselang seli.
- 4Dimulakan dulu santan cair (supaya tepung tak melekat di permukaan bawah blander).
- 5Diikuti dengan tepung gandum, air pandan, telur, garam, pewarna hijau dan minyak masak (untuk kuih kekalkan lembut lebih lama).
- 6Kisar sampai sebati dan kemudian tapis.
- 7Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak (ratakan dengan tisu).
- 8Tuang adunan dan ratakan dalam pan.
- 9Sejukkan kulit ketayap selama 30 saat hingga 1 minit (supaya kulit tidak koyak bila digulung).
- 10Masukkan inti dan gulung perlahan-lahan.
- •Untuk kulit tak mudah koyak, boleh juga campur sedikit tepung ubi.
- •Inti kelapa boleh ditambah tepung gandum sikit kalau suka yg melekit dan bergumpal.
- •Untuk nak masak inti kelapa, boleh masak gula melaka dan air dulu bagi cair sebelum masuk kelapa parut. Che Nom tak masak dulu sbb guna gula nisan ori dari Marang, gula nya yg lembut dan cepat cair.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






