
Kuih Keria Gula Melaka
Resepi Keria Gula Melaka yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resepi di bawah kerana Che Nom sudah cuba berkali-kali sehingga dapat resepi keria yang sedap dan menepati selera.
Untuk ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu:
Gula melaka, Gula batu Gula putih. Selamat mencuba :)
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Doh Keria
- 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
Bahan Untuk Salutan Gula/Sira
- 1 ketul gula melaka
- 1 sudu besar gula batu
- 1 sudu besar gula putih
- 1/2 cawan air
Cara Menyediakan
Untuk Kuih Keria
- 1Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
- 2Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
- 3Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
- 4Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
- 5Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Untuk Salutan Gula/Sira
- 1Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
- 2Sedia untuk digaul kuih keria
- •Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
- •Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





