
Kek Marble Kampung
Sejak 2-3 hari teringin sangat nak makan kek, dan Che Nom ni penggemar kek yang biasa-biasa aje, yang tak fancy sangat dengan krim atau hiasan yang macam-macam.
Kek Marble Kampung memang kek kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kenapa nama kek marble kampung? Sebab kita guna majerin dalam adunan sebagai ganti kepada butter atau mentega.
Zaman dulu-dulu bukan senang nak cari butter, mahal pulak tu. Kek ni sangat moist, dan lembut. Che Nom buat corak marble belang2 kali ni menggunakan flavour coklat dan original. Mengimbau nostalgia sangat.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 227g / 1 cawan majerin
- 170g / ¾ cawan gula kastor
- ½ sudu besar ovalette (optional)
- 4 biji telur
- Iklan
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar susu pekat
- 250g / 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar air panas
- ¼ cawan susu penuh krim
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Gris loyang dengan majerin dan alas dengan kertas baking
- 2Ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
Untuk Adunan Coklat
- 1Bancuh serbuk koko dengan air panas sampai sebati.
- 2Rehatkan sekejap pes.
Untuk Mix Adunan
- 1Masukkan gula kastor dan majerin dalam mixer dan putar sampai adunan bertukar kuning pucat.
- 2Masukkan ovalette kemudian sambung putar. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji.
- 3Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- 4Masukkan susu pekat, susu full cream dan semua baki tepung gandum.
- 5Stop mixer dan sambung kacau dengan spatula. Elakkan terlebih mengadun.
- 6Asingkan ? dari adunan dan masukkan pes coklat, kacau perlahan sampai sekata
- 7Masukkan adunan dalam loyang berselang seli adunan vanilla (plain) dan adunan coklat sampai habis.
Untuk Bakar Kek
- 1Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar 160C selama 50-60 minit.
- 2Sejukkan sebelum keluarkan kek dari loyang.
- •Ayak tepung dan serbuk penaik supaya kek tak padat sangat, ayak akan menghasilkan rongga kepada kek.
- •Rehatkan dan sejukkan pes coklat sebelum masuk dalam adunan takut termasak telur semasa mengadun.
- •Masukkan telur sedikit demi sedikit, jangan masuk sekali gus takut adunan akan pecah jadi susah untuk kacau sebati.
- •Kacau adunan dengan mixer low speed, jangan laju sangat.
- •Jangan terlebih mengadun takut texture kek keras, kering dan jadi tak sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





