Kek•
Cheesecake Brownies
Cheesecake brownies yang fudgy dan rich rasanya, moist, penuh dengan rasa coklat dan cheese.
Sedap, yang ini memang favourite che nom dan pernah share kat website dulu. Siapa yang suka brownies dan suka cheese, boleh cuba buat cheese brownies ini.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Lapisan Brownies
- 115g dark chocolate
- 113g / ½ cawan unsalted butter
- 150g /¾ cawan gula perang
- 2 biji telur
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil ekstract vanila
- 63g / ½ cawan tepung gandum
Bahan Untuk Lapisan Cheese
- 225g / 1 cawan cream cheese
- 50g / ¼ cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil ekstract vanila
Cara Menyediakan
Untuk Lapisan Brownies
- 1Cairkan dark chocolate dan unsalted butter menggunakan kaedah “double boil”, iaitu panaskan air didalam periuk dan letak mangkuk diatasnya lalu masukkan kedua bahan didalamnya sehingga cair.
- 2Adunan coklat yang dicairkan tunggu sehingga sejuk lalu masukkan gula perang dan kacau selama 1-2 minit.
- 3Masukkan telur kedalam adunan telur dan kacau sebati.
- 4Kemudian, masukkan sedikit garam, esen/ekstrak vanilla dan tepung gandum. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit dan kacau.
Untuk Lapisan Cheese
- 1Masukkan cheese dan tekan cheese yang berketul sehingga lembut.
- 2Masukkan gula kastor dan telur lalu kacau kesemuanya hingga sebati.
- 3Tambah esen/esktrak vanilla dan sambung kacau hingga 2-3 minit lagi.
Untuk Cheesecake Brownies
- 1Griskan loyang dengan majerin atau mentega lalu lapik menggunakan kertas baking.
- 2Tuang adunan brownies kedalam loyang dan simpan 1 senduk adunan untuk taburan akhir.
- 3Kemudian, masukkan pula krim keju di atas adunan krim keju sebagai lapisan atas lalu tuang baki adunan brownies atau coklat tanpa tenggelamkan lapisan krim keju.
- 4Guna lidi/chopstick/sudu untuk bentukkan corak swirl diatas lapisan atas mengikut kreativiti masing-masing.
- 5Bakar brownies dalam anggaran suhu 160˚C, 20-30 minit. Tambah lebih masa seperti 5-10 minit jika brownies tidak masa ditengahnya.
- 6Keluarkan brownies dan biarkan sejuk seketika dan potong cheesecake brownies.
Petua & Panduan
- •Gula perang yang dimasukkan dalam adunan coklat tidak perlu cair sepenuhnya.
- •Untuk lapisan krim keju diatas adunan coklat, jangan letakkan adunan krim keju terlalu banyak bagi menggelakkan adunan tenggelam. Boleh juga menggunakan ‘piping bag’ bagi mudah meletakkan adunan krim keju.
- •Untuk mengetahui cheesecake brownies sudah siap dimasak, cucuk menggunakan lidi dan akan kelihatan basah dihujungnya.
- •Rendam pisau dengan air panas dan lap bersih pisau bagi setiap kali potongan brownies.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





