
Kek•
Kek Coklat Kukus Lembap
Kek Coklat Kukus Lembap yang menggunakan kaedah sukatan cawan di dalam penyediaan bahan-bahannya.
Kek ini tidak menggunakan telur tetapi hasilnya tetap sedap, lembut dan lembab.
Boleh dikukus dalam bekas-bekas kecil jika anda mahu sediakan sebagai kek untuk 'door gift' atau juga untuk hidangan di majlis keraian.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk A
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
Bahan Untuk B
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan gula kastor
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 cawan air panas
Bahan Untuk Topping Coklat
- 100g coklat masakan, dark coklat
- 1/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar susu pekat
- coklat rice untuk hiasan
Cara Menyediakan
Untuk Kek
- 1Panaskan periuk kukusan yang sudah berisi air.
- 2Griskan loyang dengan butter dan taburkan dengan sedikit serbuk coklat supaya mudah dikeluarkan nanti.
- 3Ayak bahan-bahan A di dalam mangkuk dan ketepikan.
- 4Dalam mangkuk berasingan tuang minyak sayuran bersama susu pekat manis, gula kastor dan esen vanila. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
- 5Tuang air panas berselang seli dengan bahan ayak tadi. Kacau lagi dengan whisk sehingga adunan hilang ketulan-ketulan dan halus sekata.
- 6Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25-30 minit. Sejukkan kek dahulu sebelum dikeluarkan daripada loyang.
Untuk Topping Coklat
- 1Panaskan air dan letak mangkuk di atas permukaan wap. Kaedah ini dinamakan 'double boiler'.
- 2Masukkan coklat, susu, butter dan susu pekat. Kacau sehingga topping cair dan adunan menjadi sebati.
- 3Sejukkan sebelum tuang topping coklat di atak kek.
- 4Tabur dengan coklat rice sebagai hiasan
Petua & Panduan
- •Balut dan ikat kemas penutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di dalam adunan kek.
- •Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang supaya mendapat hasil permukaan kek cantik dan licin.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025




