
Corndog ala Family Mart
Menu special kali ni ialah corndog. Satu family Che Nom memang suka sangat makan corndog. Dan sekarang ni Che Nom dah berjaya hasilkan corndog yang semua orang suka hasilnya. Cara nak buat memang cukup mudah. Bahan-bahan pon senang aja nak cari. Dan yang paling penting, salutan tepung tu memang confirm melekat dan kekal bersalut sebelum dan selepas goreng.
Hasilnya corndog yang rangup di luar, lembut roti dalamnya, bentuk pun kembang sekata, dan cheese cair meleleh bertali bila makan panas-panas. Fuhh memang berbaloi-bali kalau buat sendiri. Boleh guna cheese yang premium ikut citarasa.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Corndog
- Sosej
- 4 ketul keju mozarella
- 1 cwn tepung gandum
- 1 sb gula
- 2 sb tepung jagung
- 1/2 sk serbuk penaik
- 1/4 sk garam
- 1/2 cwn + 2 sb susu full cream
- 3/4 sk yis kering
- Serbuk roti
- Mayonis
Bahan Sos Gochujang
- 2 sb cuka makan
- 2 sb pes gochujang
- 1 sb gula perang
- 1 sb kicap cair
- 2-3 sb madu
Cara Menyediakan
Corndog
- 1Potong sosej kepada 2 bahagian.
- 2Potong keju pada 5 bahagian kemudian simpan dalam peti sejuk.
- 3Campur susu full cream dengan yis kering. Suamkan sekejap dalam microwave.
- 4Kacau sebati tepung gandum, gula, tepung jagung, garam, baking powder.
- 5Tuang masuk bancuhan susu dan yis tadi.
- 6Kacau sebati sampai pekat bertali kemudian tutup dan biar kembang 2 kali ganda.
- 7Panaskan air dan rebus sosej 3-4 minit.
- 8Cucuk sosej dan keju dengan chopstick.
- 9Salut sosej dan keju dengan doh dan breadcrumbs.
- 10Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.
Sos Gochujang
- 1Bancuh sos gochujang, gula perang, kicap cair, cuka makan dan madu.
- 2Panaskan sekejap dalam microwave dan kacau sebati.
- 3Masukkan dalam botol atau pipping bag.
- 4Boleh pipe sos gochujang dan mayonis atas corndog.
- •Che Nom guna mozzarella cheese block. Kalau takda boleh guna yang grated tapi cari yang mozzarella je, caranya gumpal grated cheese pada chopsticks sampai berketul.
- •Susu full cream Che Nom microwave bagi suam sikit sebab nak bagi yis kembang cepat sikit, kalau tak microwave pon takpe tapi lambat sikit la kembang.
- •Adunan jangan cair, pastikan pekat bertali sebab resepi kali ni jenis yang kitab oleh Tarik dan lilit.
- •Salut doh sampai tertutup semua permukaan sosej dan keju, kalau ada lubang nanti keju bucor masa goreng.
- •Masa goreng pastikan minyak betul-betul panas dan tenggelam separuh atau 3/4.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





