Bihun Sup Tulang Utara Special
Bihun Sup Utara dari sup tulang. Che Nom akan tunjukkan cara nak masaksup tulang dan penyediaan lengkap bihun sup utara.
Ciri-ciri wajib ialahkuahnya yang berempah, tapi tak terlalu pekat, kalau letak tulang memang sedapsangat. Bihunnya berwarna kuning, dihidangkan dengan sambal merah, dancondiment yang wajib seperti lobak masin, limau nipis dan lain-lain.
Kalau buatmakan ramai-ramai memang best sangat menu ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Tumbuk/Kisar
- 6-7 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
Bahan Untuk Sup Tulang
- Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
- Anggaran 300g isi daging
- Batang sup
- Batang/pangkal daun bawang
- 2 inci halia
- 1 bungkus sup bunjut
- ½ sudu besar serbuk jintan manis
- ½ sudu besar serbuk jintan putih
- 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu besar serbuk lada hitam
- 1 batang serai
- Air secukupnya
- Garam, secukup rasa
- 1 sudu kecil lada sulah
- ½ kiub pati lembu/ayam
- Bahan-bahan untuk rempah 4 sekawan
- batang kayu manis
- 3 kuntum cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
Bahan Untuk Bihun
- 1 pek / 500g bihun
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
Bahan Untuk Sambal Merah
- ½ cawan minyak masak
- 4-5 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar sos cili
- ½ cawan air asam jawa
- garam, secukup rasa
- Anggaran 2 sudu besar gula
Bahan Untuk Taburan
- lobak masin
- limau nipis
- hirisan daun sup
- hirisan daun bawang
- bawang goreng
Cara Menyediakan
Untuk Sup Tulang
- 1Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama.
- 2Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam.
- 3Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam.
Untuk Bihun
- 1Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut.
- 2Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti.
Untuk Sambal Merah
- 1Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
- 2Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu.
- 3Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.
- •Pilihan daging untuk dibuat sup lebih sedap dan lembut pada bahagian urat jika nak dibandingkan dengan bahagian batang pinang.
- •Jika menggunakan pressure cooker, anggaran masa untuk merebus sup adalah selama 40-60 minit untuk daging menjadi lembut.
- •Sotong kering atau sedikit belacan boleh dicampurkan sekali di dalam sambal merah jika mahu.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






