
Ayam Masak Merah Sedap
Resepi Ayam Masak Merah yang Che Nom kongsikan kali ini lebih mudah dan menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya ada di dapur. Cuma apa yang istimewanya ialah jenis gula yang digunakan iaitu gula melaka. Che Nom rasa penggunaan gula melaka menyebabkan manis kuah sambal lebih sedap daripada sambal yang dimasukkan gula putih biasa.
Memang ala-ala lauk kenduri sambal kampung rasa Ayam Masak Merah ini. Anda harus cuba. Sila rujuk bahagian tips untuk cara-cara masak sambal tumis dengan sedap.
Bahan istimewa yang ke-2 ialah daun kari. Penggunaan daun kari semasa menumis dapat menambahkan rasa dan aroma yang lebih wangi serta menyelerakan. Tapi jangan risau jika tak ada daun kari, boleh aja diabaikan. Cuma rasanya akan sedikit berbeza dengan versi yang Che Nom masak hari ini.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- sedikit garam
- 1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
- serbuk kunyit
- 1 tangkai daun kari
- 1/2 mangkuk air asam jawa
- 3-4 sudu besar sos cili
- 1 biji bawang besar, potong bulat
- Anggaran 1 keping gula melaka
- 2 sudu besar sos tiram
Bahan Untuk Kisar Halus
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 6-8 biji bawang merah
- 8-10 ulas bawang putih
- 2 batang serai, hiris nipis
- 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 2Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
- 4Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- 5Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.
- •Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






