Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
Hi semua, Kali ni Che Nom akan sediakan Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin, yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mmg menu yang confirm hit lah.
Selalunya Che Nom akan masak Ayam Masak Merah ni untuk dipadankan dengan Nasi Tomato dan Acar Timun atau Jelatah.
Resepi kali sedikit berbeza dgn resepi Ayam Masak Merah yangg pernah Che Nom kongsikan sebelum ni. Dua-dua versi mmg sedap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
- sedikit air
- 20-25 biji cili kering
- 5-8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 biji bawang besar
Bahan Untuk Lain
- ½ cawan kacang pis
- ½ -1 ekor ayam (size kecil atau sederhana)
- sedikit garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak masak, anggaran 2 cawan
- ½ biji bawang besar
- 2 helai daun pandan
- 1 batang kayu manis (boleh tambah pelaga,bunga lawang dan cengkih, jika suka)
- 1 biji tomato
- 1 batang serai
- sedikit air,untuk berkuah
- 2 sudu besar gula melaka
- ½ -1 cawan susu cair
- 2 sudu besar air asam jawa
- garam, secukup rasa
- 1 biji bawang Holland/bawang besar, untuk taburan akhir
Cara Menyediakan
Untuk Ayam Masak Merah
- 1Cincang kasar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus.
- 2Masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar halus.
- 3Potong ayam kepada bahagian kecil, gaulkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
- 4Panaskan minyak. Goreng kesemua ayam sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Iklan
- 5Keluarkan sedikit minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
- 6Masukkan daun pandan yang dicarik dan juga kayu manis.
- 7Masukkan hirisan tomato dan serai. Kacau sehingga tomato hancur.
- 8Tuang kesemua bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak serta warna kuah sambal bertukar manjadi gelap dan pekat.
- 9Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti gula melaka, susu cair, air asam jawa, garam secukup rasa dan kacang pis.
- 10Tambah sedikit air jika kuah kering. Tabur dengan hirisan bawang holland pada akhir sekali dan masak sebentar sukup sekadar bawang holland layu.
- 11Bolehlah angkat dan hidang bersama nasi tomato, dan jelatah atau acar timun.
- •Kalau tak ada susu cair, boleh ganti dengan susu full cream atau sedikit santan.
- •Jangan kisar bahan-bahan bersama tomato fresh, kerana nanti textur kuah ayam masak merah jadi kurang pekat berkilat dan rasa pun kurang sedap
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






