
Ayam•
Ayam Masak Lemon Rangup, Masam, Manis
Untuk kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Lemon, Chinese style. Masakan ni ringkas dan cepat untuk disediakan.
Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan biasanya ada kat dapur je. Rasanya nya masam2 manis dan tak pedas. Sedap sangat.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Marinade
- 2 ketul/400g isi ayam
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar kicap manis
- sedikit lada hitam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan Untuk Bancuhan Kuah
- 2-3 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar gula
- parutan kulit lemon
- 1 sudu besar cuka makan (optional)
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan Untuk Salutan Isi Ayam
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
Bahan Lain (Untuk Masakan Kuah)
- 2 ulas bawang putih
- sedikit parutan halia
- air secukupnya
- bijan, untuk taburan
Cara Menyediakan
Untuk Ayam
- 1Hiris nipis isi ayam.
- 2Masukan garam, kicap, serbuk black paper, telur dan tepung jagung.
- 3Kemudian perap seketika.
- 4Sediakan adunan tepung gandum dan jagung.
- 5Salut ayam dengan adunan tepung.
- 6Panaskan minyak dan goreng ayam sampailah garing.
Untuk Kuah Lemon
- 1Parut kulit lemon yang berwarna kuning dan hiris nipis.
- 2Kemudian perah lemon.
- 3Masukan gula, hirisan kulit lemon, sedikit cuka, madu dan tepung jagung kedalam jus lemon.
- 4Kacau sekata.
- 5Cincang kasar bawang putih.
- 6Parut sedikit halia
- 7Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
- 8Tuang bancuhan sos tadi.
- 9Tambah sedikit air.
- 10Tambah sedikit gula dan garam.
- 11Bila dan pekat mendidih, bolehla tuang ke atas ayam goreng tadi.
- 12Tabur sedikit bijan untuk hiasan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025




