
Ayam Goreng Berlado
Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah2 kalau makan.
Che Nom gunakan semua cili merah dalam penyediaan resepi ni supaya dapat hasilkan ayam Goreng berlado versi sambal merah.
Ada 3 rasa yang dominan pada masakan ni iaitu pedas, masam dan sedikit manis..supaya dapat seimbangkan dengan kepedasan cili yang kita gunakan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Kasar
- 4-5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 10 biji cili merah besar
- 6 biji cili padi merah
Bahan Untuk Lain
- 1/2 ekor ayam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil garam
- Minyak secukup nya utk menggoreng
- 1 batang serai
- 2-3 sudu besar air asam jawa
- 2 biji tomato
- 2 helai daun limau purut
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 biji bawang besar
Cara Menyediakan
Untuk Sambal
- 1Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia, cili merah besar dan cili padi.
- 2Kemudian masukan dalam chopper dan kisar kasar.
Untuk Ayam
- 1Hiris kasar tomato.
- 2Potong membulat bawang besar.
- 3Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
- 4Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kemudian ketepikan.
- 5Tinggalkan dua senduk minyak masak dalam kuali tadi.
- 6Panaskan minyak dan masukan serai yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
- 7Masukan bahan kisar kasar tadi dan tumis sehingga cili masak layu.
- 8Tambah pati asam jawa.
- 9Masukan tomato dan daun limau purut.
- 10Masukan gula dan garam.
- 11Bila semuanya dah layu, masukan kesemua ayam goreng tadi.
- 12Akhir sekali tambah hirisan bawang besar.
- •Serai yang nak digunakan perlulah diketuk dahulu supaya aroma serai dapat dikeluarkan.
- •Kacau dengan kerap cili ketika menumis supaya cili tak hangus dan warna sambal tidak bertukar perang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





