
Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api cara Negeri Sembilan yang sangatlah sedap. Che Nom sangat beruntung kerana ada orang yang ikhlas sudi berkongsi resepi yang asli dari Negeri Sembilan ini yang sememangnya langsung tidak menggunakan bawang.
Macam tak percaya bila nak masak tak masukkan bawang, tapi hasilnya memang masak lemak yang mantap, ayam tidak berbau hanyir dan pedas semuanya cukup rasa.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 ekor ayam, potong kecil
- 15-25 biji cili padi
- 1 helai daun kunyit
- 2 ketul kunyit hidup
- Iklan
- 1 batang serai, dititik
- 1 keping asam gelugor
- 1 mangkuk besar santan
- garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ayam dan ketepikan.
- 2Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
- 3Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kjuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
- 4Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
- 5Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
- 6Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.
- •Kalau nak lebih sedap gunalah santan segar, tapi jika nak gunakan santan kotak pun boleh cuma kena pandai agak banyak mana air yang nak ditambah ke dalam kuah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






