
Ayam•
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Masakan istimewa untuk kali ini ialah, ayam masak lomak cili api , versi yang baru. Resepi ni Che Nom dapat dari orang Negeri Sembilan, yang baik hati menulis resepi dan ajar cara nya kepada Che Nom.
Masa mencuba buat kali pertama, rasa sedap sangat. Sejak itu memang Che Nom selalu masak sebab dah jadi makanan favourite orang kat rumah.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 10-20 tangkai cili padi
- 2-3 inci kunyit hidup (**Atau sudu besar serbuk kunyit)
- Sedikit air
- 5kg /1 ekor ayam
- Iklan
- 2 batang serai
- 2 biji kentang
- Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- **atau 2 kotak kecil santan segera
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun kunyit
- 2 keping asam gelugor
- Serbuk perasa (jika suka)
Iklan
Cara Menyediakan
Cara Penyediaan Utama
- 1Cili padi buang tangkai, kentang kupas kulit dan potong 4-6 bahagian, kunyit kikis kulit dan cincang kasar. Serai trim hujung dan titik biar pecah sikit. Daun kunyit (pilihan)koyak kasar (kuah) dan hiris halus 2-3 keping (taburan).
- 2Kisar agak halus cili padi, kunyit dan sedikit air.
- 3Grill ayam atas kuali sampai keluar minyak ayam. Masuk bahan kisar halus, serai dan sedikit santan cair. Tutup dan masak sekejap.
- 4Masuk kentang dan reneh sampai ayam masak.
- 5Masuk santan pekat, garam, daun kunyit dan asam gelugor.
- 6Reneh atas api perlahan. Kacau sedikit untuk elak kuah berketul.
- 7Bila dah mendidih boleh tutup api dan hidang dengan hirisan daun kunyit.
Iklan
Petua & Panduan
- •Kalau nak lagi pedas boleh ganti cili kampung @ cili burung.
- •Jangan titik serai terlalu hancur takut pecah beserat dalam kuah.
- •Tak perlu letak minyak untuk grill ayam.
- •Tambah serbuk kunyit untuk warna (jika perlu).
- •Garam dapat elakkan santan mudah pecah minyak.
- •Kalua pekat sangat, boleh tambah santan pekat, kalau guna santan kotak tambah air putih saja.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





