
Ayam Masak Kicap Sedap
Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.
Untuk resepi kali ini Che Nom letak cili kisar dan juga cili api bagi memekatkan kuah dan pedas nya secukup rasa. Bahan tumisan lebih sedap kalau ditumbuk halus kerana ia juga akan memekatkan kuah. Tapi kalau nak hiris nipis pun boleh juga.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- kunyit
- 1/2 ekor ayam
- garam
- 1 mangkuk minyak
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos romato
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- cili merah
- sedikit air
- 2 sudu besar air asam jawa
- bawang besar, hiris bulat
Bahan Tumbuk Halus
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 inci halia
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
- 2Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 3Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
- 4Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
- 5Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
- 6Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
- 7Angakat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.
- •Lebihkan minyak dalam tumisan ayam masak kicap kerana masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Boleh dibuang lebihan minyak apabila siap masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






