
Ayam Kerutuk Kelantan
Kali ni Che Nom nak masak Ayam Kerutuk, masakan yang berasal dari Kelantan. Che Nom rujuk resepi dari YouTube Dapur Kak Yah. Terima kasih banyak-banyak sudi kongsi resepi Kak yah masak guna itik serati, Che Nom ganti guna ayam.
Masakan kerutuk ni macam tengah-tengah antara gulai dan rendang. Kita perlu guna rempah khas untuk kerutuk, dan yang ni Che Nom beli online dari Kelantan dan rempah tu sendiri memang dah wangi, warnanya agak sedikit gelap berbanding rempah biasa.
Satu lagi bahan campuran istimewa yang dimasukkan ialah rempah sangai. Dan sedapnya kuah tu juga, hasil dari tambahan kerisik dan kita masak dengan menggunakan pati santan. Memang pekat dan sedap hasilnya. Bagi Che Nom, lauk ni cukup sedap kalau makan dengan nasi minyak ataupun pulut kuning.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan Untuk Rempah Sangai
- 1/4 cawan minyak masak
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil lada hitam
- ½ sudu kecil biji jintan putih
- 1 sudu kecil biji jintan manis
Bahan Lain
- 1 ekor ayam (berat anggaran 2kg)
- 1 cawan minyak masak
- Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih)
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 25g /4 sudu besar rempah kerutuk
- 1 helai daun pandan
- 2 keping asam gelugur
- Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera)
- Sedikit gula nisan
- 2 biji kentang
- garam, secukup rasa
- 2 sudu besar kerisik
- 1 sudu besar kicap pekat karamel
- Cili hijau besar
- Cili padi
- Serbuk perasa, jika suka
Cara Menyediakan
Untuk Ayam Kerutuk
- 1Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
- 2Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air.
- 3Sangai bahan-bahan lebih kurang 4-5 minit ataupun lebih sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
- 4Tumbuk/kisar halus bahan sangai.
- Iklan
- 5Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar halus bersama 4 sekawan sehingga kering, kekuningan dan naik bau.
- 6Masukkan cili kisar, serai yang dititik dan bancuhan rempah kerutuk. Kacau sehingga pecah minyak.
- 7Masukkan ayam dan daun pandan, lalu tutup dan biarkan ayam separuh masak serta sedikit kering.
- 8Masukkan santan, sedikit gula nisan, serbuk rempah sangai dan kentang.
- 9Reneh ayam sehingga masak.
- 10Tambah garam secukup rasa, kerisik, kicap pekat caramel, cili padi, serbuk perasa (pilihan). Sambung masak sehingga kuah naik minyak.
- 11Kemudian,, ayam kerutuk siap untuk dihidang.
- •Selain gula nisan, boleh saja digantikan dengan gula perang ataupun gula melaka.
- •Tambah santan atau air untuk lebihkan kuah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






