
Ayam Goreng Korea Super Rangup
Nak tengok cara masak ayam goreng korea dengan resepi salutan yg baru? Jom tengok resepi ni. Ayam biasanya Che Nom akan guna bahagian kepak yang diperap dulu dengan beberapa bahan supaya menyerap rasa, dan kali ni kita gaul ayam dengan salutan tepung basah sebelum disalut lagi sekali dengan adunan tepung kering supaya lebih melekat dan rangup ber kriuk salutan ayam goreng nanti.
Kemudian Che Nom akan sediakan sos salutan ayam goreng dengan menggunakan pes cili dari Korea, atau pes cili gochujang. Bila ayam yang panas dan rangup tu disalut dengan sos yang pedas, manis, masin secukup rasa tabur pulak dengan bijan yang disangai,memang sedap & berbaloi tau masak sendiri.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Perapan Ayam
- 800g / 10 ketul kepak ayam
- 2-3 ulas bawang putih
- 1/2 -1 inci halia
- 1 biji putih telur
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil garam
- 5 sudu besar tepung gandum
- 5 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit air
Bahan Untuk Tepung Kering
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- 1/2 sudu besar serbuk perasa Sedap
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil garam halus
Bahan Untuk Sos Salutan
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 ulas bawang putih
- 3-4 sudu besar pes Gochujang
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar madu
- 1-2 sudu kecil gula perang
- Sedikit air
- 2 sudu besar bijan
Cara Menyediakan
Untuk Perap Ayam
- 1Ayam bahagian kepak, kalau besar potong dua (kalau nak guna bahagian lain pon boleh tapi potong kecil-kecil).
- 2Pecahkan telur dan ambil telur putih.
- 3Parut halus bawang putih dan halia. Masukkan dalam ayam.
- 4Masuk serbuk lada hitam, garam dan telur putih.
- 5Gaul sebati bahan tadi.
- 6Masukkan tepung gandum, tepung jagung, air dan sos tiram.
- 7Kacau sebatidan ketepikan.
Untuk Tepung Salutan
- 1Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, serbuk perasa Sedap, serbuk penaik dan garam. Kacau sekata.
- 2Salut sebati ayam.
- 3Panaskan minyak dan goreng ayam sampai agak keperanggan.
- 4Angkat ayam dan ketepikan.
- 5Goreng semula ayam sampai perang keemasan.
Untuk Sos Salutan
- 1Sangai bijan dalam 3-4 minit atau naik bau bijan. Angkat dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang.
- 3Masukkan pes Gochujang, kicap manis, air sikit, madu dan gula perang. Kacau sampai masak pekat
- 4Masukkan ayam goreng dalam sos salutan dan gaul sekata ayam goreng dan sos salutan.
- 5Tabur dengan bijan sangai untuk hiasan.
- •Adunan jangan terlalu pekat atau cair takut tepung salutan tak melekat.
- •Tambah air sikit-sikit semasa masak sos salutan supaya tak hangus.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






