ResepiCheNom
Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap
Ayam

Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap

Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ni memang special sebab cara gorengannya supaya rangup iaitu goreng ayam sebanyak 2 kali. Memang betul-betul rangup hasilnya.

Dalam resepi ni Che Nom share 2 jenis sos iaitu yang pertama menggunakan sos gochujang.Sos yang kedua pula ialah pilihan resepi kalau kita tak menggunakan gochujang. Anda boleh pilih versi yang mana satu. Kedua-dua versi sos ni sangat sedap rasanya.

Mesti ramai yg suka hidangan ni kan. Seriously, lagi sedap dari makan kat francais restoran Korea kat sini. Kos pun murah je kalau nak buat sendiri. Jangan guna tepung salut segera, ok.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
23 November 201964.6K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ayam Goreng

  • 700g kepak ayam (bahagi dua bahagian)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk black pepper
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan tepung jagung
  • minyak yg banyak untuk deep fry ayam
Iklan

Bahan Untuk Sos Pilihan 1 (Gochujang)

  • sedikit minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • sedikit air
  • 3-4 sudu besar sos gochujang
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar madu
  • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
  • bijan putih untuk taburan
Iklan

Bahan Untuk Sos Pilihan 2 (Homemade)

  • sedikit garam
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • sedikit minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
  • sedikit air
  • 1 sudu besar gula perang
  • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
  • bijan putih untuk taburan
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Ayam Goreng

  1. 1
    Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
  2. 2
    Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
  3. 3
    Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas
  4. 4
    Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
  5. 5
    Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.
Iklan

Untuk Sos Pilihan 1 (Gochujang)

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. 2
    Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
  3. 3
    Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Iklan

Untuk Sos Pilihan 2 (Homemade)

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. 2
    Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
  3. 3
    Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Iklan
Petua & Panduan
  • Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
  • Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru