
Ayam Goreng Rangup Ala KFC Set Coleslaw & Mashed Potato
Kali niChe Nom nak share resepi Ayam Goreng ala KFC lengkap dengan hidangan sampingan yang mesti ada, iaitu Coleslaw dan Mashed Potato. Dalam video ni ada lima bahagian kesemuanya, bermula dengan proses perapan ayam dengan bahan-bahan rempah untuk tekstur dan rasa isi ayam sedap, kemudian yg ke dua, penyediaan coleslaw yang rangup berlemak dan sedap dimakan sejuk.
Bahagian ke tiga. Penyediaan mashed potato yang lembut dan creamy, dan juga cara penyediaan brown sauce untuk dihidang bersama kentang, yang ke empat, bahan-bahan untuk hasilkan tepung kering salutan ayam yang penuh dengan rasa rempah dan hasilnya sangat memuaskan dgn cuma guna bahan-bahan biasa ada di dapur aja.
Dan last sekali yang ke lima, cara penyediaan ayam goreng KFC dari proses gaul, celup dan goreng. Ayam nya memang sangat rangup, dan isi ayam pun lembut dan moist aja, terasa perapan tu bila makan. .
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Perap
- 1 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- ½-1 inci halia
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- ½ sudu besar serbuk seasoning
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- ½ cawan air
Bahan Untuk Tepung Goreng
- 3 ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar serbuk seasoning
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Bahan Untuk Coleslaw
- 1 mangkuk besar hirisan kubis
- ½-1 batang lobak merah
- 3-4 sudu besar mayonis
- Sedikit jus lemon
- Secubit garam
- Sedikit gula
- 1-2 sudu besar susu full cream
Bahan Untuk Kentang Putar
- 4 ketul /600g kentang
- Air untuk rebusan
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil mentega
- Secubit garam
- Sedikit susu full cream
Bahan Untuk Sos Perang
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 kiub pati lembu atau ayam
- 2 cawan air
- Sedikit kicap (untuk warna)
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Menyediakan
Untuk Perap Ayam
- 1Dalam mangkuk besar masukkan ayam, parutan bawang putih (boleh ganti serbuk bawang putih 2 sudu kecil), halia, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, serbuk paprika, gula, serbuk seasoning, garam dan serbuk lada sulah.
- 2Tuang air dan gaul sekata 1-2 minit kemudian perap dalam peti ais.
Untuk Coleslaw
- 1Potong lemon, hiris sederhana nipis kubis, dan parut kasar lobak merah.
- 2Campur lobak merah dan kubis, masukkan mayonis, jus lemon, garam dan gula. Kemudian gaul sebati.
- 3Masukkan susu full cream untuk loose sikit kepekatan dressing. Sambung gaul dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk Mashed Potato
- 1Kentang potong dua kemudian rebus dalam air dan sedikit garam.
- 2Tapis air dan kupas kulit kentang. Tekan kentang sampai halus. Masukkan butter, garam dan sambung gauli.
- 3Bila kentang dah halus masukkan susu full cream dan gaul sebati kemudian ketepikan.
Untuk Sos Perang
- 1Cairkan butter kemudian masukkan tepung gandum dan kacau perlahan sehingga keperangan.
- 2Masukkan kiub ayam (kiub lembu lebih bagus sebab warna akan jadi lebih gelap) dan tambah air kemudian sambung masak sampai pekat.
- 3Masukkan serbuk lada hitam, kicap (boleh ganti dengan sos Worcestershire) dan masak sehingga kuah mendidih.
Untuk Tepung Salutan
- 1Dalam mangkuk yang besar masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk seasoning, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan baking soda. Gaul sebati.
- 2Masukkan ayam perap dalam tepung dan gaul sekata (letak anggaran 3-4 ketul sekali gaul).
- 3Celup dalam air (sekali sahaja) kemudian masukkan balik dalam tepung dan gaul lagi sekali.
- 4Panaskan minya dan goreng ayam sampai keperangan. Minyak perlu dalam sepenuhnya untuk goreng.
- 5Angkat ayam dan hidangkan bersama coleslaw, mashed potato dan sos perang.
- •Kalau peha ayam, kelar sikit supaya cepat masak.
- •Test dengan garfu kalau lembut kiranya kentang dah empuk
- •Setiap kali nak ulang proses gaul tepung, tapis keluar keluar ketulan tepung.
- •Untuk angkat ayam, rehatkan ayam atas jaring atau penapis besi supaya ada ruang untuk wap panas keluar, jangan letak atas tisu nanti wap panas bahagian bawah teperangkap dan meruap ayam akan jadi lembik bahagian bawah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






