
Ayam Gepuk Ala Pak Gembus
Ayam Gepuk, masakan yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Apa yang special dengan resepi ayam gepuk ni, kita perap ayam dgn bahan-bahan rempah, kemudian rebus dan goreng supaya ayam perap tu garing di luar dan lembut di dalam.
Satu lagi yang special, sambal nya kita tambah dengan kacang tanah untuk rasa pedas berlemak. Lagi pedas lagi sedap. Kena sangat lah kalau makan dengan ayam goreng. Menu ni cukup lengkap dihidangkan bersama tauhu dan tempe goreng, dan juga ulam ulaman.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Gepuk
- ½ ekor ayam
- 4 ulas bawang merah kecil
- 1 ketul kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1½ sudu besar biji ketumbar
- Sedikit air (untuk kisar)
- Sedikit garam
- 2 keping daun bay
- Sedikit air
Bahan Untuk Sambal Gesek
- 12-15 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2-3 sudu besar kacang tanah
- 2 sudu kecil gula
- Sedikit garam
- Serbuk perasa (optional)
- Minyak panas gorengan
Bahan Sampingan Untuk Goreng
- Lebihan perapan ayam gepuk
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 4 ketul tauhu
- 2 keping tempe
- minyak masak
Bahan Lain
- Sayur kobis
- Tauhu
- Timun
- Limau kasturi
Cara Menyediakan
Untuk Ayam Gepuk
- 1Kisar halus bawang merah kecil, kunyit hidup, bawang putih, biji ketumbar bersama sedikit air.
- 2Gaul ayam yang telah dikelar dengan sedikit garam dan bahan kisar halus lalu perap seketika atau semalaman.
- 3Selepas diperap, rebus ayam dengan sedikit air lalu masukkan daun bay. Rebus sehingga empuk dan masak.
- 4Angkat dan tos ayam rebus.
- 5Goreng ayam sekejap sehingga keperangan dan cukup sekadar garing dibahagian luar ayam.
- 6Tumbuk ayam sampai hancur didalam bekas tumbukan sambal gesek.
Untuk Sambal Gesek
- 1Goreng kacang tanah lalu angkat dan toskan minyak
- 2Goreng pula cili padi dan bawang putih sekejap dalam anggaran masa 3-4 minit sehingga layu.
- 3Tumbuk halus kacang tanah bersama gula dan keluarkan.
- 4Tumbuk halus pula gorengan cili padi dan bawang putih serta sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
- 5Masukkan minyak gorengan panas berserta pes kacang tanah kedalam sambal.
- 6Tambah perahan jus limau nipis jika mahu.
Sampingan Untuk Goreng
- 1Potong tauhu dan tempe.
- 2Masukkan tepung gandum dan tepung beras kedalam lebihan air rebusan sebagai salutan adunan
- 3Perap seketika tauhu dan tempe.
- 4Goreng potongan kobis sehingga agak perang (pilihan).
- 5Goreng perapan tauhu dan celupan tempe sehingga keperangan dan garing.
Sampingan Untuk Hidang
- 1Hidangkan bersama nasi putih, ayam gepuk, sedikit sambal diatas ayam bersama tauhu tempe, limau kasturi, timun dan sayur kobis
- 2Kemudian, ayam gepuk ala Pak Gembus siap untuk dihidang dan dijamu selera.
- •Bagi menumbuk bahan-bahan untuk sambal, boleh saja gunakan samada lesung batu ataupun batu gesek.
- •Jika tiada kunyit hidup, boleh saja digantikan dengan kunyit serbuk.
- •Patahkan cili padi bagi mengelakkan cili meletup ketika digoreng.
- •Jika tiada tepung beras, boleh saja digantikan dengan tepung jagung.
- •Adunan bagi salutan tauhu dan tempe mestilah jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






