Ayam•
Ayam Geprek
Hi Semua, Che Nom nak masak menu mudah harini tp sangat menarik iaitu ayam geprek, inspirasi dari masakan negara jiran iaitu Indonesia.
Sedap sangat hidangan ni…,Ayam tu kita goreng dulu dalam salutan tepung smpai garing kemudian kita tumbuk dan salut dengan sambal pedas.
Ada sedikit persamaan dengan ayam penyet, tapi cara penyediaan lebih mudah dan cepat.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Geprek
- 10-15 tangkai cili padi merah
- 3 biji cili merah besar
- 2-3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Iklan
- 1 biji tomato
- sedikit gula
- garam secukup rasa
- serbuk penambah rasa (optional)
- 4 ketul /500g ayam
- 1 biji limau nipis
- 1-2 cawan tepung goreng ayam segera
- sedikti air sejuk dari peti ais
- minyak masak
- timun
- salad
Iklan
Cara Menyediakan
Untuk Sambal
- 1Potong kasar cili padi merah, cili merah besar, bawang besar dan bawang putih serta tomato.
- 2Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah dipotong. Tomato dimasukkan lambat sedikit agar ia tidak terlalu hancur.
- 3Angkat bahan yang digoreng dan toskan minyak.
- 4Tumbuk atau gesek kasar bahan-bahan goreng.
- 5Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (pilihan) agar secukup rasa. Lalu, tumbuk sebati.
- 6Tuangkan minyak gorengan yang masih panas kedalam bahan yang ditumbuk.
Iklan
Untuk Ayam Geprek
- 1Bersihkan ayam dan perah jus limau nipis kedalam ayam lalu perapkan selama 10-15 minit.
- 2Celup dan salut ayam yang diperap kedalam tepung ayam segera. Kemudian, celup pula kedalam air sejuk dan celup kembali kedalam tepung. Biarkan ayam seketika agar ia sebati dengan salutan.
- 3Selepas itu, goreng ayam sehingga masak keperangan.
- 4Kesemua ayam yang siap digoreng setelah itu ditumbuk atau digrepek bersama sedikit sambal.
- 5Kemudian, ayam geprek siap dan boleh dihidang bersama nasi, ulam-ulaman dan limau nipis.
Iklan
Petua & Panduan
- •Sebelum menggoreng cili padi merah, patahkan cili atau potong kasar bagi menghindarkan ia meletup semasa menggoreng.
- •Untuk mendapatkan ayam goreng yang lebih rangup, ayam yang digoreng hendaklah tidak diletakkan kesemuanya sekaligus kedalam minyak panas tetapi diletakkan dua ketul terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang seterusnya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





