ResepiCheNom
Ayam Cili Padi, Pedas Pembuka Selera
Ayam

Ayam Cili Padi, Pedas Pembuka Selera

Kali ni Che Nom nak share resepi masakan ayam iaitu Ayam Masak Cili Padi. Lauk ni tak susah nak memasaknya dan mesra dapur bujang. Yang penting kena pedas berapi baru mantap rasa nya.

Mula-mula kita goreng dulu ayam dan juga kentang, seterusnya masak bahan goreng dengan tumisan cili padi. Hasil Ayam Masak Cili Padi ni sedikit berkuah yang masam-masam pedas rasanya. Makan dengan nasi putih panas sahaja dah cukup membuka selera.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
28 Januari 202345.5K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ayam Cili Padi

  • 2 biji tomato
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji kentang
  • Sedikit garam
  • Iklan
  • 1/2 sb serbuk kunyit
  • 20-25 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 sb sos tiram
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang holland
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Ayam Cili Padi

  1. 1
    Buang tangkai cili padi dan potong kasar,
  2. 2
    Potong kasar bawang putih dan bawang besar.
  3. 3
    Masukkan cili padi, bawang putih dan bawang besar dalam chopper dan kisar kasar.
  4. 4
    Potong kasar tomato. Kalau tomato kecil boleh letak 2 biji tomato.
  5. Iklan
  6. 5
    Kentang potong memanjang ala wedges.
  7. 6
    Bawang holland potong membulat. Kalau nak ganti dengan bawang Bombay pon boleh.
  8. 7
    Serai trim hujung (atas dan bawah) dan titik atau tumbuk kasar.
  9. 8
    Ayam potong kecil, kalau seekor boleh potong 16 bahagian. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  10. 9
    Gaul kentang dengan sedikit garam.
  11. 10
    Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila dah perang kedua-dua belah boleh angkat dan toskan minyak.
  12. 11
    Dalam minyak yang sama goreng pulak ayam sampai ¾ masak (kalau nak masak kesemuanya pon boleh tapi ayam akan keras la sikit). Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
  13. 12
    Keluarkan sedikit minyak, tinggal anggaran 2 senduk.
  14. 13
    Tumis bahan kisar kasar sampai lembut. Kacau sebati.
  15. 14
    Masukkan serai dan kacau sampai bawang layu.
  16. 15
    Masukkan hirisan tomato dan terus kacau sampai tomato lembut dan sedikit hancur.
  17. 16
    Untuk penambah rasa masukkan sos tiram dan serbuk perasa kemudian kacau sebati
  18. 17
    Masukkan kesemua ayam goreng dan gaul sebati.
  19. 18
    Che Nom masukkan sikit dulu garam dan rasa, sebab ayam dan kentang goreng tadi dah ada garam.
  20. 19
    Masukkan sedikit air untuk lebih berkuah. Kacau sebati dan biarkan kuah reneh sekejap
  21. 20
    Masukkan kentang goreng dan daun limau purut. Gaul sebati.
  22. 21
    Masukkan cili padi dan hirisan bawang holland. Masak sekejap, sekadar lembut bawang holland.
  23. 22
    Tutup api dah sedia untuk dihidang.
Iklan
Petua & Panduan
  • Ada petua dulu-dulu cakap kalau nak elak sakit perut kena kisar dengan 2-3 tangkai cili.
  • Kalau tak letak tomato boleh ganti dengan air asam jawa.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru