
Ayam Buttermilk
Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain.
Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi
Bahan Untuk Tepung Salutan Ayam
- Sedikit garam
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- Air secukupnya
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
- 2Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
- 3Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- 4Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Untuk Ayam Buttermilk
- 1Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- 2Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
- 3Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- •Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






