
Ayam Bakar Tanpa Oven
Jom tengok Che Nom nak share resepi ayam bakar, tanpa perlu gunakan oven atau tanpa air fryer. Hanya dengan menggunakan sebiji kuali sahaja kita dapat sediakan ayam bakar yang cukup moist, dan sedap. Maklum lah rumah kat bandar, mana nak cari dapur arang kan? Bukan semua rumah ada airfryer atau oven, terutamanya sekali rumah bujang.
Jadi Che Nom tunjuk salah satu cara yang mudah, dan ayam pun gerenti masak sepenuhnya sampai ke dalam. Rupa pun cukup menarik dengan sapuan khas untuk grill ayam.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Perapan
- 3 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 4 cili merah besar
- 2 sb biji ketumbar
- 4 sb minyak masak
- Sedikit air
- 1 kilo ayam
- 2-3 sb kicap manis
- 2 sb sos tiram
- Garam secukup rasa
- 2 sb madu
- 1 cawan air
Bahan Salutan
- 1 sb minyak masak
- 1-2 sb madu
- 1/2-1 sb kicap pekat manis
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit.
- 2Cili merah besar pon potong kasar. Kalau nak ganti cili kering pon boleh.
- 3Masukkan biji ketumbar, minyak masak, sedikit air dan semua bahan potong kasar dalam blender.
- 4Lepastu kisar halus.
Untuk Perap Ayam
- 1Perap ayam, dengan bahan blend halus tadi.
- 2Kelar sikit ayam bahagian paha.
- 3Tambah sos tiram, garam, sedikit madu dan kicap manis sikit (jangan banyak nanti jadi ayam bakar kicap pulak).
- 4Gaul sebati
- 5Perap anggaran setengah jam.
Untuk Rebus Ayam
- 1Masukkan ayam dalam kuali, masuk dengan kuah perapan tu sekali.
- 2Masukkan 1 cawan air (Che Nom kocak dulu air dengan bekas perap ayam tadi).
- 3Lepas tu reneh perlahan-lahan sampai ayam masak.
- 4Dah lepas 10-15 minit, boleh terbalikkna ayam dan sambung lagi rebus.
- 5Bila ayam dah masak, boleh angkat ayam, tak perlu rebus lama takut hancur isi.
- 6Kuah yang tinggal, kita sambung reneh sampai pekat.
- 7Bila kuah dah pekat, tuang masuk balik ayam dan gaul rata.
Untuk Grill Ayam
- 1Sebelum grill ayam, kita sediakan bahan untuk kita sapu masa grill nanti. Campurkan sedikit minyak masak, kicap dan madu. Kacau sebati dan siap.
- 2Drizzle minyak sikit atas kuali.
- 3Bila kuali dah betul-betul panas, susun ayam, api perlahan je.
- 4Bila bahagian bawah dah garing, boleh terbalikkan.
- 5Boleh lah sapu dengan bahan yang kita gaul tadi.
- 6Kemudian terbalikkan lagi sekali, dan sapu lagi.
- 7Lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab cepat hangus ada madu.
- 8Bila dah berkilat elok ayam grill ni, boleh lah angkat.
- •Kalau tawar tambah garam sikit, tapi jangan terasa sangat garam tu sabab kita masak sampai marinade ni pekat, takut masin jadiknya.
- •Lepas reneh ayam 10-15 minit, boleh tengok paha ayam dah keluar mcm cecair gelap, maknannya dalam tu dah mulai masak. Kalau merah lagi tu, tak masak lagi lah dalamnya.
- •Tak perlu rebus ayam lama-lama sebab nak elak ayam lembut sangat. Lepas rebus kan nak grill pulak.
- •Ayam ni dah masak dalamnya, jadi kita grill ni sebab nak ambik aroma grill tu saja, dan juga rupa pon nampak menyelerakan.
- •Masak gill, lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab cepat hangus ada madu.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






