ResepiCheNom
Apam Mekar Tepung Beras

Apam Mekar Tepung Beras

Resepi Apam Mekar Tepung Beras yang gebu, lembut dan cantik sangat kejadiannya. Caranya cukup mudah dan cepat pula disediakan.

Resipi ni diambil dari Kak Fida/MyResipi. Pertama kali cuba dan hasilnya sangat memuaskan, cuma Che Nom kurangkan sedikit gula dari resipi asal.

Apam mekar tepung beras ni sesuai juga dihidangkan kepada kanak-kanak kerana rupanya yang comel jika diletakkan di dalam muffin cup yang kecil dan warna yang lembut dan ceria. Menarik juga jika dihidangkan di hi-tea party.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
7 Januari 20166.7K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 200 g tepung beras (2 cwn)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna atau emulco
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.
  2. 2
    Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
  3. 3
    Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
  4. 4
    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
  5. 5
    Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.
Iklan

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru