
Apam Kampung
Menu kali ini ialah Apam Kampong, kuih klasik yang auto buat kan kita teringat pada kenangan dulu. Kadang-kadang waktu hujung minggu, mak Che Nom akan sediakan apam ni buat sarapan pagi, buat menyorok kat orang utara. Makan dengan kopi O pulak tu memang layan betul.
Cara nak buatnya tak susah, dan bahan pun tak banyak. Untuk nak dapatkan warna perang apam, kita campur gula merah dan gula putih. Dari segi jenis tepung pula, hanya guna satu jenis iaitu tepung gandum. Apam ni memang lembut tapi texture nya tak seringan dan sehalus apam nasi. Agak sedikit kenyal, tak terlalu manis dan cukup sedap. Tambahan pula jika dimakan bersama kelapa parut.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 cwn air
- 1/2 sk garam
- Bahan-bahan apam kampung
- 1/2 cwn gula merah
- Iklan
- 1/2 cwn gula putih
- 2 helai daun pandan
- 3 cwn tepung gandum
- 2 sk yis kering
- 2 cwn kelapa parut
- 2 sk garam
Cara Menyediakan
Untuk Apam Kampung
- 1Masukkan gula merah, gula putih, air, garam dan daun pandan dalam periuk dan masak atas api perlahan sehingga gula larut dan mendidih.
- 2Tapis dan sejukkan air gula.
- 3Masukkan tepung gandum dan yis kering dalam mangkuk kemudian kacau sebati.
- 4Tuang masuk air gula sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- 5Perap adunan anggaran ½ -1 jam sehingga kembang.
- 6Sapu sikit loyang dengan minyak masak.
- 7Pindah masuk adunan yang perap tadi kedalam loyang (jangan kacau adunan).
- 8Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 40 minit.
- 9Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sikit.
Untuk Kelapa Parut
- 1Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam dalam bekas.
- 2Kacau sebati dan kukus anggaran 10 minit.
- 3Sejukkan kelapa parut.
- 4Potong apam dan hiaskan dengan kelapa parut.
- •Kalau beli yis dalam kuantiti yang banyak, boleh pecahkan dan masukkan dalam pek kecil (Che Nom simpan dalam plastik zip lock) dan simpan dalam dalam freezer. Yis akan tahan lama dan tak mudah rosak.
- •Kalau guna pengukus klasik, balut penutup dengan kain untuk elak air wap jatuh atas apam dan kalau guna pengukus elektrik tak perlu balut tapi hati-hati bila bukak penutup dan sengetkan untuk air turun ketepi. Untuk lebih berjaga- jaga boleh tutup dengan aluminium foil.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






