Apam Balik Pasar Malam Lembut & Gebu
Hi Semua, kali ini kita ke pasar malam pulak sebab dah lama teringin apam balik versi lembut tebal dan gebu. Mesti ramai yang rindu nak makan kan? Ada sesetengah negeri atau negara lain panggil terang bulan atau martabak manis.
Resepi berbeza dari veri nipis yang Che Nom pernah kongsi dulu, dan masak pun mudah, guna kuali non-stick saja. Kita nak dapatkan tekstur berongga tu untuk hasilkan apam balik yang lembut berongga dan gebu. Luarnya pulak masak dengan perang sekata. Walaupun sejuk, apam balik ini masih lagi lembut dan sedap.
Che Nom tunjuk juga cara nak buat kacang tanah kisar. Ada banyak tips dalam video kalau anda betul-betul nak buat, sila tonton video di YouTube ok.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Apam Balik
- 1 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 ½ sudu kecil serbuk penaik
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- Iklan
- Secubit garam
- ½ cawan gula
- 2 sudu besar mentega atau majerin
- 1 ½ cawan air
- ½ sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna kuning
- Gula
- 1 mangkuk kecil kacang tanah
- Jagung manis berkrim
- Ketulan mentega
- Majerin, untuk sapuan
Cara Menyediakan
Untuk Apam Balik
- 1Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan sedikit garam sebagai bahan kering.
- 2Didalam bekas lain sebagai bahan basah, masukkan gula dan telur lalu kacau sehingga kembang dan putih.
- 3Tuangkan bahan basah iaitu adunan telur dan gula kedalam bahan kering.
- 4Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau adunan.
- Iklan
- 5Tambah air serta kacau sehingga sebati sehingga mendapatkan adunan cair.
- 6Masuk esen vanilla dan sedikit pewarna kuning.
- 7Rehatkan adunan dalam anggaran ½ jam.
- 8Goreng atau sangai kacang tanah mentah sehingga keperangan dan buang kulit kacang tanah.
- 9Kisar sederhana halus kacang tanah mentah.
- 10Tuang adunan kedalam kuali bila kuali betul-betul panas.
- 11Lorek adunan di bahagian tepi kuali untuk mendapatkan bentuk apam balik.
- 12Tutup sekejap agak-agak sampai ¾ masak apam balik (pilihan).
- 13Taburkan gula, serbuk kacang tanah,jagung manis berkrim, dan mentega.
- 14Selepas bahagian tepi apam balik kelihatan perang dan rangup, lipat dan angkat apam balik.
- 15Sapukan majerin pada bahagian apam balik dan kemudian, potong apam balik sebelum dihidang.
- •Tapis jika adunan kelihatan berketul bagi menggelakkan adunan yang telah dicampurkan dengan tepung menjadi keras.
- •Minimumkan masa mengacau adunan selepas adunan telah dicampurkan dengan tepung.
- •Kulit kacang tanah boleh dibuang menggunakan penapis dengan gaulkan sehingga kulit terkeluar dari kacang dan dibuat semasa kacang masih suam-suam panasnya.
- •Gunakan kuali yang tebal dan ‘non-stick’ bagi mengelakkan apam mudah hangus di permukaan dan masak dengan sekata.
- •Boleh saja menambah perisa selain yang digunakan seperti coklat atau keju mengikut citarasa tersendiri.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






