
Kek•
Victoria Sandwich Cake: Lembut & Gebu
Victoria Sandwich Cake adalah kek klasik British yang terkenal dengan kelembutan dan aroma butter yang harum. Kek ini disapu dengan jem strawberi dan krim, menjadikannya seperti sandwich yang manis dan menyelerakan. Anda boleh menghiasnya dengan taburan gula atau buah-buahan segar seperti strawberi dan blueberry untuk penampilan yang lebih menarik. Kek ini sesuai untuk majlis kecil-kecilan atau sebagai hidangan istimewa untuk tetamu. Dengan menggunakan mentega berkualiti tinggi seperti Anchor Pure Unsalted Butter, kek ini pasti akan memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 6 Februari 20254.9K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 227g mentega Anchor
- 180g gula kastor
- 1 sk esen vanila
- 2 sb sirap maple atau susu full cream
- 227g (4 biji) telur saiz M
- 227g tepung naik sendiri
- 1 sk baking powder
- 200ml dairy whipping cream Anchor
- 2 sb gula aising
Cara Memasak
- 1Potong mentega kepada kiub kecil dan biarkan lembut.
- 2Sapu butter dan lapik kertas dalam dua loyang kek yang sama saiz, 20cm / 8 inci.
- 3Pecahkan telur dan pastikan pada suhu bilik.
- 4Ayak tepung naik sendiri dan baking powder.
- 5Pukul mentega dan gula kastor hingga pucat dan gebu.
- 6Tambah esen vanila dan sirap maple, putar sekejap.
- 7Masukkan telur satu per satu sambil terus putar.
- 8Masukkan tepung secara berperingkat, kacau hingga sebati.
- 9Bahagikan adunan sama rata ke dalam dua loyang, ratakan permukaan.
- 10Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C - 170°C selama 25-30 minit.
- 1Tuang krim dalam mangkuk yang telah disejukkan. Pukul krim hingga mula memekat
- 2Masukkan gula aising. Teruskan pukul hingga soft peaks
- 3Masukkan dalam piping bag.
- 1Paip krim atas lapisan pertama kek.
- 2Letak jem strawberi, kemudian letak lapisan kek kedua.
- 3Paip lagi krim kemudian tabur gula aising. Akhir sekali susun buah segar mengikut kreativiti.
- 4Potong dan hidang.
Petua & Panduan
- •Pastikan mentega dalam keadaan lembut tetapi masih sejuk sebelum digunakan.
- •Untuk krim yang lebih stabil, pastikan mangkuk dan krim sejuk sebelum dipukul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Versi Premium
Rasai pengalaman memasak yang lebih terperinci, dengan pecahan bahan dan langkah lebih menyeluruh, teknik dan tip tambahan untuk hasil lebih sempurna. Dapatkan versi premium ini sebagai ahli berbayar.

Premium
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





