
Soto Ayam Istimewa
Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom dari Medan yang bagi resepi ni. Sebelum masak Che Nom tanya dulu bahan-bahan dan cara-caranya. Bukannya susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.
Kalau time raya atau open house boleh la nak hidangkan Soto Ayam untuk tetamu. Soto Ayam harus dipadankan bersama Begedil (resipi di sini). Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah resipi… InsyaAllah Che Nom akan jawab. Cuba lah ya! :)
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Rempah Tumis Kuah Soto
- 3 biji bunga lawang
- 2 batang kayu manis
- 4 kuntum cengkih
- 6 biji buah pelaga
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah
Bahan Untuk Dikisar Halus
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1 ketul kunyit hidup
Bahan Untuk Kuah
- 1/2 senduk minyak masak
- 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 jug air
Bahan Untuk Dihidangkan Soto Ayam
- 3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
- 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
- bawang goreng
- suhun, goreng hingga garing
- isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
- daun sup, hiris kecil
- daun bawang, hiris kecil
- cili merah, hiris nipis
- kacang tanah, goreng dalam minyak
- begedil
- Bahan untuk kuah kicap bercili
- 1 mangkuk kecil kicap manis
- 10-15 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji limau kasturi
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
- 2Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
- 3Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 4Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
- 5Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.
Untuk Cili Kicap
- 1Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
- 2Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
- 3Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






