
Serawa Durian dan Pulut Kukus
Entri kali ini adalah resepi masakan khas buat penggemar durian. Serawa durian atau pun pengat durian memang sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut. Ada juga sesetengah tempat panggil hidangan ini sebagai bubur durian. Yang pasti cara masakannya adalah lebih kurang sama.
Untuk resepi ni Che Nom hanya masukkan sedikit gula melaka kerana tak berapa gemarkan serawa durian yang warnanya terlalu perang.
Serawa durian sesuai disajikan bersama pulut kukus, roti putih atau juga roti jala. Ikut selera masing-masing lah kan. Che Nom makan serawa durian kali ini bersama pulut kukus. Jom semak resipi :)Boleh rujuk kepada You Tube video di bawah untuk penerangan lengkap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Serawa Durian
- 10-15 ulas isi durian, bersama biji
- 1 mangkuk santan cair
- 2 helai daun pandan, carik dan simpul
- 1/2 cawan gula pasir
- seketul kecil gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 mangkuk santan pekat
- sedikit air, jika perlu
Bahan Untuk Pulut Kukus
- 500 gram pulut
- 1 cawan santan cair
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan
Untuk Serawa Durian
- 1Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
- 2Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
- 3Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
- 4Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
Untuk Pulut Kukus
- 1Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
- 2Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- 3Bancuh santan cair bersama garam.
- 4Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.
- •Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






