ResepiCheNom
Sayur Bayam Tumis Air

Sayur Bayam Tumis Air

Resepi Sayur Bayam Tumis Air yang cukup mudah dan juga sangat berkhasiat.

Untuk resepi ini Che Nom gunakan udang segar, tapi boleh juga digantikan dengan ikan bilis atau udang kering.

Sayur yang dimasak sebegini sememangnya membuka selera dan cukup sedap walaupun cuma dimakan bersama lauk seperti ikan mahupun ayam goreng sahaja.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
18 Julai 201647.1K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 ikat bayam, potong kecil dan asingkan batang yang lembut
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Iklan
  • 6-7 ekor udang, buang kulit
  • cili merah
  • garam secukup rasa
  • 1-2 sudu besar minyak masak
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang merah bersama bawang putih sehingga kekuningan.
  2. 2
    Masukkan udang dan kacau seketika sehingga separuh masak.
  3. 3
    Masukkan bahagian batang bayam dan masak sehingga lembut.
  4. 4
    Masukkan pula bahagian daun bayam serta diikuti air secukupnya.
  5. 5
    Kemudian masukkan sos tiram, cili merah dan garam secukup rasa. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Iklan
Petua & Panduan
  • Jangan masak terlalu lama kerana sayur akan melecur dan kurang khasiatnya.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru