ResepiCheNom
Roti Sosej Cheese Gulung

Roti Sosej Cheese Gulung

Roti Sosej Cheese Gulung sesuai disediakan buat sarapan pagi ataupun minum petang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak. Boleh jadi menu yang menarik untuk majlis hari jadi dan potluck.

Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana cheese nya masih cair dan meleleh di dalam.Pastikan roti digulung dengan ketat dan salut telur dengan sekata supaya roti tidak mudah terbuka bila masa menggoreng nanti.

Bahan-bahan di bawah cuma anggaran sahaja. Boleh sesuaikan mengikut jumlah hidangan yang anda mahukan. Kalau nak buat frozen pun boleh, pastikan roti dibalut dengan kemas sebelum simpan di dalam freezer.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
15 Ogos 201817.5K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 bungkus roti keping
  • 1 pek sosej
  • 1 mangkuk bread crumbs
  • 1 paket kepingan cheese
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.
  2. 2
    Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
  3. 3
    Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
  4. 4
    Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.
  5. 5
    Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
  6. 6
    Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
Iklan
Petua & Panduan
  • Che Nom gunakan berus pastry untuk sapu telur di bahagian hujung gulungan sepaya roti melekat sekata dan bertindak seperti gam. Ini untuk pastikan roti tidak mudah terbuka semasa goreng di dalam minyak nanti. Boleh juga kalau nak sapu bahagian hujung roti tu dengan sudu (kalau tak ada berus pastry)

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru