ResepiCheNom
Popia Bersira Sambal

Popia Bersira Sambal

Ramai yang minta Che Nom kongsikan cara masak popia bersira yang rangup dan tahan lama. Jadi kali ni Che Nom nak share lah cara yang biasa buat kat rumah, sebab popia pedas rangup ni memang favourite family Che Nom.

Mula-mula kita sediakan inti popia menggunakan sengkuang yang dipotong supaya tak berair, serta juga lobak merah dan selepas itu kita masak dan sejukkan inti.

Kemudian proses balutan dengan menggunakan kulit popia, dengan gamnya sekali. Yang paling penting iaitu tips masa menggoreng supaya dapat hasilkan popia yang rangup dan juga sambal sira yang pekat bersalut, tak berair serta tahan lama rangupnya bila kita gaul nanti. Hasilnya InsyaAllah puas hati krup krap pedas manis cukup rasa.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
6 Oktober 20225.3K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Inti

  • Minyak masak
  • 1/4 cwn isi udang
  • 1/2 biji sengkuang (saiz sederhana)
  • 1 batang karot
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sk gula
  • 1 pek kulit popia
Iklan

Bahan Sambal Sira

  • Bijan
  • 1/4 cwn minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 7 tangkai cili kering
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb gula putih
  • 1-2 sk garam
Iklan

Bahan Gam

  • 1 sb tepung gandum
  • Sedikit air
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Gam

  1. 1
    Bancuh tepung gandum dengan sedikit air
  2. 2
    Kacau sampai jadi pes yang pekat.
Iklan

Untuk Popia

  1. 1
    Kupas kulit sengkuang dan carrot. Potong kepada bentuk mancis (untuk carrot boleh guna slicer atau pemarut).
  2. 2
    Cincang halus bawang putih dan isi udang (boleh ganti ayam atau udang geragau).
  3. 3
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  4. 4
    Masukkan isi udang dan kacau sampai bertukar warna putih.
  5. 5
    Masukkan carrot dan garam. Kacau sebati.
  6. 6
    Masukkan sengkuang dan kacau sampai layu.
  7. 7
    Masukkan gula, kacau sebati dan tutup api.
  8. 8
    Angkat dan tapis untuk keluarkan lebihan air/jus. Sejukkan sebelum balut.
  9. 9
    Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti sayur dan balut dengan kemas (lipat macam sampul surat dan gulung).
  10. 10
    Sapu bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam kemudian gulung sehingga habis.
  11. 11
    Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Iklan

Untuk Sambal Sira

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih dan bawang besar.
  2. 2
    Masukkan dalam blender bawang putih, bawang besar, cili kering (rebus dan tapis air) dan sedikit air. Kisar halus.
  3. 3
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus. Masak sampai pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa (pilihan). Kacau sampai pekat.
  5. 5
    Tutup api dan masukkan popia goreng. Gaul sehingga popia bersalut sebati dengan kuah sira.
  6. 6
    Tabur bijan dan sedia untuk dihidang.
Iklan
Petua & Panduan
  • Potong sengkuang tebal untuk rasa popia yang lebih rangup dan inti sayur kurang berair.
  • Tutup kulit popia dengan kain untuk elak kulit popia mongering.
  • Untuk goreng popia, pastikan minyak banyak dan popia tenggelam, barula popia masak sekata.
  • Goreng popia dengan api sederhana dan kerap kacau supaya popia masak sekata.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru