
Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!
Resepi kali ni ialah mee udang. Tiba-tiba teringin nak makan Mee Udang Sg Dua, tapi jauh sangat kena lah buat sendiri. Bahan utama dalam kuah ialah udang yang direbus dan kisar halus, termasuk kisar kulit udang untuk airnya. Untuk pekatkan kuah, kena guna 2 jenis ubi iaitu ubi keledek oren dan kentang.
Tambah sedap pula dengan udang laut yang kita rebus sekejap je untuk dimakan bersama mee. Kalau dapat udang fresh, boleh lah cuba masak. Hidang pulak dengan bahan-bahan kondimen yang sedap dan menarik dari segi hidangannya. Tengok pun dah membuka selera. Rasa lemak manis udang tu kena sangat dengan kuah yang pedas, makan pula dengan perahan limau memang terbaik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kuah
- 3 sb sos cili
- 6 ekor udang saiz S (untuk kisar)
- Air secukupnya
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- 3 sb sos tomato
- 1 sb pes tomyam
- 3-4 sb cili kisar
- 2 sb serbuk kacang tanah
- 1 biji kentang
- 1-2 biji keledek oren
- Garam secukup rasa
- 1-2 sb gula
- 1 ketul kiub pati ayam
- 500g udang saiz XL
- 1 sb udang kering
- 1-2 pek mee kuning
Bahan Hidangan
- 1 ikat sawi
- 1 mangkuk taugeh
- Daun bawang
- Cili merah & hijau
- 4 biji telur rebus
- 4 ketul tauhu
- Bawang goreng
- Limau nipis
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Penyediaan bahan kuah:
- 2Keledek oreng dan kentang, potong kecil dan rebus anggaran 15 minit. Selepas dah sejuk, kupas kulit dan kisar halus dengan 2 cawan air.
- 3Cincang kasar bawang putih dan bawang merah besar (boleh ganti bawang merah kecil 3-4 biji). Seterusnya, kisar halus dengan sedikit air
- 4Rebus udang (saiz s) dengan 1 cawan air. Lepas dah sejuk asingkan kulit dan isi. Kisar halus kulit udang dengan air rebusan udang dan kemudian tapis ambil air.
- 5Kisar halus isi udang dan udang kering (basuh dan rendam dulu) dengan sedikit air kemudian campur dengan air kulit udang tadi.
- 6Bersihkan udang (saiz xl) dan gunting janggut.
- 7Kacang tanah, goreng dan kisar kasar.
Untuk Bahan Hiasan / Condiments
- 1Potong sawi, daun bawang, cili merah/ hijau dan limau nipis,
- 2Celur tauge dalam air sekejap (air tak perlu panas sgt).
- 3Tambah garam sikit dalam air mendidih, celur sawi dalam 1-2 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk.
- 4Celur mee kuning sampai lembut, angkat dan toskan air.
- 5Tauhu belah 2, gaul sikit dengan garam, goreng sampai perang, angkat dan hiris nipis.
Untuk Masak Kuah
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang kisar.
- 2Bila bawang garing, masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kacang tanah dan kacau sampai garing.
- 3Masukkan air rebusan udang dan air udang kisar tadi dan reneh dalam 10 minit.
- 4Masukkan pes tomyam, puri kentang dan keledek. Tambah air secukupnya dan reneh lagi 15 minit.
- 5Masukkan gula, garam dan kiub ayam (pilihan) kemudian masak sampai mendidih.
- 6Masukkan udang dan rebus sampai masak kemudian cepat – cepat angkat (takut udang terlebih masak dan keras).
- 7Hidangkan bersama bahan celur tadi, tauhu goreng, hirisan cili, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, limau nipis dan udang.
- •Tambah garam dalam air celur untuk bagi daun sawi maintain hijau lepas rebus.
- •Untuk celur tauge, air tak perlu mendidih, kalau mendidih celur sekejap saja untuk maintain rangup
- •Kalau terlebih lama celur mee kuning, mee akan kering jadi boleh drizzle sedikit minyak masak untuk elak melekat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






