ResepiCheNom
Kuih Nona Manis yang Lembut Sedap

Kuih Nona Manis yang Lembut Sedap

Resepi Kuih Nona Manis yg lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian luar yg hijau rasanya manis, dan dilengkapi bahagian dalam berwarna putih lemak masin rasanya. Kuih ni pernah viral satu ketika dulu ketika dulu. Memang sedap rasanya, tak cukup kalau makan sebiji je.

Ada 3 bahagian dalam penyediaan kuih nona manis. Bahagian A dan B ialah untuk penyediaan lapisan luar atau yang berwarna hijau pandan. Bahagian C pulak ialah penyediaan filling putih di tengahnya

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
15 November 201944.2K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk A (Kisar Halus)

  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • semua bahan B (yg dah dimasak)
Iklan

Bahan Untuk B (Masak)

  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air pati pandan (dari 5 helai daun pandan)
  • 2 1/2 besar tepung jagung
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
Iklan

Bahan Untuk C (Masak)

  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Bahagian Hijau (A+B)

  1. 1
    Masak kesemua bahan B di atas api perlahan. Kacau dengan hand whisk sehingga pekat sekata dan sejukkan.
  2. 2
    Kisar halus kesemua bahan A dan bahan B (yang dah disejukkan tadi) di dalam blender.
  3. 3
    Tuang adunan hijau ke dalam botol sos, atau boleh juga disudukan sahaja.
Iklan

Untuk Bahagian C (Putih)

  1. 1
    Masukkan santan, tambah gula, tepung gandum, garam. Kacau sampai pekat di atas api perlahan menggunakan hand whisk. Tuang adunan ke dalam botol sos.
Iklan

Untuk Adun Kuih Nona Manis Di Acuan

  1. 1
    Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
  2. 2
    Picit atau tuang adunan hijau 3/4 penuh ke dalam acuan.
  3. 3
    Kemudian picit adunan putih di tengahnya. Tenggelamkan sikit muncung botol. Picit sehingga menjadi bentuk bulat putih di tengah. Jangan banyak sangat.
  4. 4
    Kukus anggaran 10-13 minit jika acuan besar, jika acuan kecil 8-10 minit.
  5. 5
    Ikat penutup kukusan dgn kain supaya air tak menitik.
  6. 6
    Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan betul-betul kemudian barulah keluarkan dari acuan. Che Nom guna pangkal sudu teh yang nipis untuk keluarkan kuih. Kalau nak guna lidi pun boleh
Iklan
Petua & Panduan
  • Untuk bahagian putih, perlu dimasukkan ke dalam botol sos supaya mudah dipicit di tengahnya menjadi bentuk bulat.
  • Acuan perlu disapu sedikit minyak supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
  • Kalau guna santan kotak, boleh larutkan 2 kotak kecil santan dengan air sehingga menjadi 3 cawan. Kemudian boleh lah bahagikan kepada 3 bahagian santan untuk A,B dan C.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru