ResepiCheNom
Kuih Lopes Guna Rice Cooker

Kuih Lopes Guna Rice Cooker

Kuih Lopes, kuih traditional melayu yang secara tradisinya disediakan dengan menggunakan daun pisang dan dikukus,

tapi kali ni Che Nom guna cara mudah je iaitu gunakan rice cooker.

Idea untuk bentukkan lopes cara yg ke-2 dari Youtube Kak Lina Pg disini https://youtu.be/NSBBTBM1CGw

Kongsi:
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
8 Jun 20205.1K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Jus Pandan

  • 5-6 helai daun pandan
  • 1 cawan air

Bahan Untuk Lopes

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • air jus pandan (dari atas)
  • Air secukupnya, untuk smpai paras 1 ruas jari (lebih sikit)
  • 1/2 sudu kecil Pewarna hijau

Bahan Untuk Air Gula

  • 1-2 cawan air
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sudu besar gula perang Thai (optional)
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1-2 helai daun pandan

Bahan Untuk Kelapa Parut

  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan

Cara Menyediakan

Untuk Lopes

  1. 1
    Pulut susu bersihkan.
  2. 2
    Gunting kasar daun pandan, bland, tapis dan ambil airnya.
  3. 3
    Masukkan air pati pandan dan pewarna hijau (optional)
  4. 4
    Masukkan santan cair (optional) dan tambah sikit air (air lebih sedikit dari masak nasi @ lebih sikit dari satu ruas jari)
  5. 5
    *Boleh ganti dengan santan kotak (2-3 sudu) dan air secukupnya.
  6. 6
    Masak dalam rice cooker.

Untuk Air Gula

  1. 1
    Masukkan air, gula melaka, gula perang thai (optional) dan gula putih.
  2. 2
    Kemudian masukkan daun pandan yang dicarik dan disimpul.
  3. 3
    Masak hingga kesemua gula larut dan sedikit pekat.
  4. 4
    Tambah sedikit gula thai untuk memberikan warna gula yang lebih gelap.
  5. 5
    *Kalau tak ada boleh guna gula melaka dan gula putih.
  6. 6
    Bila larut dan sedikit pekat boleh la tapis dan sejukkan.

Untuk Kelapa Parut

  1. 1
    Kelapa parut kukus dan tabur dgn sedikit daun pandan.
  2. 2
    Bila dah kukus, keluarkan dan tabur dengan garam secukup rasa untuk rasa lemak
  3. 3
    Masukkan pulut tadi dalam acuan (bulat) dan gaulkan dengan kelapa parut.
  4. 4
    Atau masukkan dalam bekas tupaware bulat kecil kemudian ambil satu lagi bekas yang sama, tekan rapat dan gaulkan dengan kelapa parut.
  5. 5
    Boleh sejukkan dulu sebelum makan, ikut selera anda.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru