
Kuih Lapis Lemak Manis
Kali ni Che Nom nak share cara buat kuih tradisional iaitu kuih lapis. Kuih lapis ni sedap sangat dengan rasa lemak manis bersantan. Kuihnya wangi dan lembut pulak tu. Kuih lapis yang betul-betul menjadi, kita mesti boleh tarik lapisan tu satu satu masa nak makan.
Nak sediakan adunan mudah saja, cuma effort masak tu lebih sikit sebab kita kena kukus selapis demi selapis. Tapi hasilnya berbaloilah berdiri lama kat depan steamer tu. Resepi ni juga sesuai digunakan untuk berniaga.
Loyang: 7x7 inci atau 8x8 inci
**Setiap lapis Che Nom sukat agak-agak 3/4 cawan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Kuih Lapis
- 2 cwn tepung beras
- ½ cwn tepung gandum
- ½ cwn tepung jagung
- 1 cwn santan kotak
- Iklan
- 3 cwn air
- 1 cwn gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil pewarna merah
Cara Menyediakan
Untuk Kuih Lapis Lemak Manis
- 1Sapu loyang dengan minyak dan lapik dengan plastik.
- 2Gris pula minyak pada permukaan plastik.
- 3Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, dan garam. Kacau sebati kesemua bahan.
- 4Masak gula dengan air bersama simpulan daun pandan.
- Iklan
- 5Tuang campuran santan dengan air kedalam air gula pandan dan kacau sebati.
- 6Masukkan adunan santan dan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga larut sekata.
- 7Sesudah kacau sekata, tapis adunan tepung.
- 8Bahagi adunan pada dua bahagian.
- 9Masukkan satu adunan dengan pewarna merah atau pati sirap.
- 10Kukus adunan secara berselang-seli mengikut warna selama 5-7 minit. Contohnya, kukus dahulu lapisan berwarna putih dan diikuti pula lapisan berwarna merah.
- 11Ulang sehingga habis adunan.
- 12Untuk lapisan akhir, kukus selama 10 minit.
- 13Sejukkan dan keluarkan kuih lapis daripada loyang.
- 14Kemudian, potong kuih kepada 8 atau 16 bahagian dan kuih lapis lemak manis siap untuk dihidang.
- •Bahagi setiap warna kepada 4 bahagian dan kuih akan menjadi 8 lapisan. Tetapi jika mahukan 4 lapisan sahaja pun boleh, tidak perlu menunggu lama untuk kukus.
- •Anggaran adunan adalah ¾ cawan untuk setiap lapisan.
- •Untuk dapatkan lapisan atas kuih yang licin, buang dahulu buih-buih yang ada pada permukaan adunan sebelum dikukus.
- •Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih lapis bagi mengelakkan daripada melekat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






