ResepiCheNom
Kuih Kaswi

Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula putih bersama daun pandan supaya kuih yang terhasil nanti akan lebih wangi dan sedap rasanya.

Tekstur kuih kaswi ini tak terlalu keras dan masih bergoyang, menandakan kuih kaswi lembut sedang elok sahaja.Sila rujuk bahagian TIPS untuk penyediaan kuih kaswi.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
10 Ogos 2018103.6K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk A

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Iklan

Bahan Untuk B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar bancuhan air kapur
Iklan

Bahan Untuk C

  • 1 biji kelapa parut
  • sedikit garam
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
  2. 2
    Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
  3. 3
    Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
  4. 4
    Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
  5. 5
    Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.
Iklan
Petua & Panduan
  • Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih.
  • Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru