ResepiCheNom
Kuey Teow Ladna

Kuey Teow Ladna

Resepi Kuey Teow Ladna yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan pula tidak semestinya sama seperti resepi di bawah, tetapi boleh diubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda.

Masakan ni kebiasaannya disediakan di restoran Thai dan kuahnya pula berwarna jernih tetapi sedikit coklat dari warna sos tiram.

Apa yang membuatkan kuah ini tidak muak adalah cili padi yang diletakkan di dalam kuah. Memang sedap sangat. Selamat mencuba :)

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
16 Disember 201684.8K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 500g kuey teow
  • kicap manis secukupnya
  • 1 mangkuk udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 ketul ayam bahagian dada
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 bili cili padi, diketuk
  • 1/2 batang karot
  • segenggam sayur sawi
  • bunga kobis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya
Iklan

Bahan Untuk Hiasan

  • limau kasturi
  • bawang goreng
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rebus ayam dan hiris nipis.
  2. 2
    Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
  3. 3
    Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
  4. 4
    Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
  5. 5
    Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
  6. 6
    Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
  7. 7
    Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.
Iklan

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru