ResepiCheNom
Kerabu Taugeh dan Kerang ala Utara

Kerabu Taugeh dan Kerang ala Utara

Hai semua. Kali ini Che Nom nak kongsikan resipi yang dipelajari dari bonda Che Nom sendiri, iaitu Resipi Kerabu Taugeh dan Kerang ala Utara.

Memang sejak dari kecil lagi bonda selalu buat kerabu ni bila diminta. Kunci kesedapan kerabu ni adalah bahan utamanya iaitu taugeh mestilah segar. kerabu ni tak perlu di masak cuma taugeh perlu dicelur dahulu dan kerang pun harus direbus dan diasingkan isi.

Di sebelah utara, kerabu ni selalu dihidangkan di kenduri kendara dan kadang-kadang kerang digantikan dengan perut lembu.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
29 Mac 201511.6K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 600 gram taugeh
  • 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 mangkuk isi kerang rebus
  • 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 sudu kecil perahan air limau nipis
Iklan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji cili padi
  • 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Memasak

  1. 1
    Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
  2. 2
    Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  3. 3
    Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)
Iklan
Petua & Panduan
  • Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru