
Kek Pisang Lembap
Resepi Kek Pisang Lembap yang sangat sedap, gebu dan lembut. Sesuai sangat untuk dibuat hidangan minum petang bersama keluarga. Cara nak buatnya pun mudah kerana Che Nom hanya pakai blender sahaja. Kalau boleh gunakan pisang yang masak ranum sahaja kerana rasanya akan lebih manis dan sedap.
Dalam resepi ini Che Nom masukkan separuh gula putih dan separuh gula perang kerana gula perang memberikan sedikit rasa karamel dan manisnya juga sedang-sedang elok sahaja. Jika tak ada gula perang anda boleh masukkan gula putih kesemuanya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 1 cawan minyak canola atau jagung
- 4 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan Untuk Diayak
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.
- 3Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
- 4Masukkan pula minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.
- 5Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.
- 6Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Che Nom turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.
- •Kek sidah masak jika bilah lidi yang dicucukkan di tengah kek keluar dengan bersih dan licin. Jika masih basah dan melekat, teruskan bakar selama beberapa minit kembali.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






