Kek•
Kek Chocolate Moist Tanpa Oven
Hi Semua, kali ni Che Nom nk sediakan satu dessert yang tersangatlah mudah iaitu kek coklat moist yang cuma gunakan microwave,
boleh juga kalau nak kukus, sesuai untuk disediakan pada waktu2 kuarantin ni.
Tak perlu guna oven pun boleh buat kek yg sedap.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kek
- 1 1/2cawan / 190g tepung gandum
- 2/3 cawan / 65g serbuk koko
- 3 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu teh nescafe
- 2 sudu besar air panas
- 2/3 cawan / 150g gula kastor
- 1/2 cawan / 118ml minyak sayuran
- 1 3/4 / 440ml air suam
- Secubit garam
Bahan Untuk Coklat Ganache
- 250g coklat masakan (dark chocolate)
- 2 sudu besar mentega
- ¾ cawan susu full cream
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Kek
- 1Sukat dan ayak bahan kering seperti tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.
- 2Masukkan gula kastor, minyak sayuran dan air suam
- 3Bancuh serbuk Nescafe dengan air panas dan masukkan dalam adunan tadi.
- 4Kacau perlahan-lahan start dari tengah mangkuk adunan.
- 5Masukkan secubit garam dan kacau sehingga pekat sekata.
- 6Sapu planta disekeliling bekas untuk dimasak.
- 7Lapik dengan kertas baking paper.
- 8Tuang adunan kek dan masukkan kedalam microwave selama tiga minit.
- 9Kemudian periksa setiap 30 saat kalau kek dah masak ke belum.
- 10Bila kek nampak masak sekata, cucuk lidi untuk test, kalau tiada adunan melekat dikira kek dah masak.
- 11Sejukkan kek.
- 12*Kalau nak kukus juga boleh, anggaran masa 20-25 minit.. Kalau tengah masih lembik, kukus lebih lama. Balut penutup kukusan dgn kain
- 13*Kalau nak guna oven, suhu 170 darjah Celsius, 20-30 minit ikut oven masing-masing, ni cuma anggaran sahaja.
Untuk Sediakan Coklat Ganache
- 1Potong kasar coklat masakkan.
- 2Masukkan dalam magkuk adunan coklat tadi berserta butter dan susu full cream.
- 3Masukkan dalam microwave kemudian kacau sekata.
- 4Sejukkan dulu coklat ganache.
- 5Keluarkan kek dan tuang coklat ganache atas kek.
Petua & Panduan
- •Kalau tuang coklat ganache ketika kek masih panas, coklat tadi akan sedikit cair, kalau kek sejuk sepenuhnya, coklat akan melekat tebal pada kek.
- •Nak masak guna microwave kena guna bekas yang sesuai seperti ceramic @ tupperware microwave save.
- •Jangan terlebih masak jika tidak kek akan kering, yang tengah lembab sikit tak apa.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





