Karipap Pusing Gebu dan Rangup
Karipap Pusing yang sangat glamerpada setiap kali tibanya Ramadan.
Che Nom dapat resepi ni dari sahabatInstagram iaitu Mamafami, sebab nampak sedap sgt jadi Che Nom pun belajar lahbuat smpai jadi, dan bersemangat nak share secara terperinci dengan anda semua.
Anda boleh cuba buat…dan frozen kan…senang nak makan bila berbuka puasa.Kulitnya masih lagi rangup walaupun dah sejuk.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Inti Karipap
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 1-2 sudu besar serbuk cili
- 200g daging kisar
- 1 sudu besar lada hitam
- 400g kentang
- Air secukup nya, supaya kentang empuk
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ikat daun sup
- Garam dan gula secukup rasa
Iklan
Bahan Untuk Doh A
- 300g tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak
- 2 sudu besar majerin
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 125ml air sejuk ais
Iklan
Bahan Untuk Doh B
- 150g tepung beras
- 125g majerin
Iklan
Cara Menyediakan
Untuk Inti Karipap
- 1Kisar halus bawang putih, bawang merah dan halia Bersama sedikit air.
- 2Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan.
- 3Bancuh rempah kari dan serbuk cili bersama sedikit air. Tumis Bersama bahan kisar halus tadi.
- 4Masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam. Masak sehingga agak kering.
- 5Masukkan kentang, sedikit air dan bawang besar. Tutup kuali dan masak sehingga kentang lembut.
- 6Bila kentang dah lembut dan inti dah kering, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- 7Akhir sekali tambah hirisan daun sup.
Untuk Inti Kulit Karipap (Doh A)
- 1Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
- 2Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak panas dan majerin. Masukkan garam. Kacau semua bahan sekata menjadi serbuk kasar.
- 3Tuang air sejuk sedikit demi sedikit. Uli menjadi doh dan rehatkan seketika.
- 4Bahagikan doh kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.
Iklan
Untuk Inti Kulit Karipap (Doh B)
- 1Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
- 2Bahagikan doh B kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.
Untuk Buat Karipap
- 1Leperkan bebola doh A. Letak bebola doh B di tengah doh A dan tutup rapat supaya menjadi 1 bebola besar. Ulang sehingga habis kesemua doh.
- 2Ambil 1 doh bulat dan leperkan setebal anggaran 1/2 cm. Gulung doh yang dileperkan. Uli sekali lagi kepada bentuk bujur memanjang, dan gulung lagi sekali.
- 3Ambil pisau yg tajam, potong doh gulung kepada 4 bahagian sama tebal.
- 4Ambil satu keping dan leperkan sehingga menjadi bulatan nipis.
- 5Sudukan inti di tengah. Tutup doh karipap dan kelim tepi dengan kemas.
- 6Goreng di dalam minyak panas sederhana sehingga kekuningan.
Iklan
Petua & Panduan
- •Untuk doh B, kalau adunan masih keras, tambah majerin sedikit demi sedikit sampai menjadi bebola yang boleh dibentuk.
- •Che Nom sejukkan dulu adunan bebola yang dicantum ke dalam peti sejuk selama 10 minit, untuk mengelakkan adunan terlalu lembik (jika cuaca panas) dan mendapatkan lapisan yang cantik.
- •Che Nom timbang semua doh dulu dan bahagi 8. Ikut berat doh yg Che Nom buat.
- •DOH A : 63gram
- •DOH B : 47gram
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





