
Kari Ayam Istimewa
Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi kari ayam yang sangat sedap jika di makan bersama roti jala ataupun pulut kuning. Apa yang istimewa ialah kari ayam ni kuahnya pekat dan wangi kerana kita masukkan santan pekat bersama sedikit kerisik.
Boleh lebihkan kerisik di dalam kuah jika anda suka. Cuma pastikan kerisik yang digunakan masih segar dan tidak berbau hapak. Kerisik mudah rosak jika disimpan lama pada suhu yang tidak sesuai. Kualiti kelapa juga mempengaruhi rasanya.
Untuk lebih rasa pedas, Che Nom tambahkan sedikit serbuk cili. Selain rasanya pedas yang menjadikan kuah kari kurang rasa muak nya, warna kari juga akan menjadi lebih cantik dan menarik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 ekor ayam
- 2 1/2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 tangkai daun kari
- 1 mangkuk santan
- 2-3 sudu besar kerisik
- 3 biji kentang
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Hiris Halus (A)
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan Untuk Rempah Tumis (B)
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
Cara Menyediakan
Untuk Kari Ayam
- 1Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
- 2Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
- 3Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
- 4Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
- Iklan
- 5Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
- 6Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
- 7Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
- 8Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang
- •Pastikan tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak dan ulang proses menambah air beberapa kali. Cara ini bukan sahaja memastikan rempah kari masak sempurna, tetapi juga kuah kari boleh disimpan lebih lama dan enak rasanya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





