
Cheesekut Milo
Kali ni Che Nom nak buat satu dessert iaitu cheesekut Milo yang mudah, cepat, tak perlu bakar guna oven ataupun kukus. Telur pun tak perlu diletakkan.
Ada 2 bahagian penting untuk buat cheesekut ni iaitu adnunan cheese milo, dan kedua, lapisan biskut cream creckers yang dicelup dalam susu.
Kita susun cara berlapis dan berselang seli sampai dapat lapisan cheesekut milo yang menarik dan sedap. Kalau makan sejuk-sejuk memang best. Nak buat jualan pon sesuai sangat ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Cheesekut Milo
- 1/2 cwn serbuk Milo
- 1 cwn susu penuh krim (untuk celup)
- 1 pek biskut Cream Crackers
- 250g krim keju
- 6 sb susu pekat
- 1/2 cwn susu penuh krim
Cara Menyediakan
Untuk Cheesekut Milo
- 1Potong cream cheese dan timbang. Kalau nak senang boleh beli pek kecil 250g, boleh terus guna, tak perlu susah-susah timbang.
- 2Tekan-tekan cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati kedua-dua bahan.
- 3Dalam bekas berasingan, panaskan susu full cream dan serbuk Milo. Kacau sampai larut. Api tak perlu panas sangat, suam-suam dah cukup.
- 4Tuang masuk adunan Milo sedikit demi sedikit dalam adunan cream cheese tadi dan kacau sebati.
- Iklan
- 5Tuang susu full cream dalam mangkuk dan celup biskut cream crackers dalam susu. Kalau suka cheesekut yang lembik boleh celup lama sikit.
- 6Susun biskut dalam bekas atau loyang.
- 7Untuk bahagian tepi yang kecil, boleh potong biskut dengan pisau tajam untuk lebih kemas.
- 8Bila lapisan biskut pertama dah siap susun, boleh masukkan adunan cheese dan ratakan.
- 9Ulang langkah yang sama (susun biskut dan ratakan adunan cheese) anggaran 4 lapisan atau sampai habis.
- 10Biskut yang lebih boleh hancurkan dan tabur atas cheesekut.
- 11Akhir sekali boleh tabur serbuk Milo sebagai hiasan.
- 12Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-5 jam. Simpan semalaman lebih bagus sebab aduanan basah cheese Milo tu akan meresap sepenuhnya pada biskut cream crackers.
- •Che Nom guna jenama Beqa sebab jenama ni lebih lembut berbanding Philadelphia dan Anchor.
- •Che Nom buat 4 lapisan, kalau nak lapisan cheese tebal boleh kurangkan lapisan biskut dan sebaliknya.
- •Sebelum simpan dalam peti sejuk seeloknya balut bekas cheesekut dengan plastic clingwrap atau tutup elok-elok untuk elak dari meresap bau dari peti sejuk.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






