Bomboloni
Hi semua, kali ini Che Nom nak sediakan bomboloni, iaitu resepi donut versi orang Itali. Testure yang lembut, disalut dengan gula kastor atau gula icin.
Cara nak buat pun sama saja macam donut yang biasa itu, cuma nanti kita akan isikan donut dengan filling kegemaran masing, ada yang suka custard cream, ada yang suka Nutella, atau fruit jam filling. Macam-macam variasi boleh buat.
Nota: Che Nom timbang doh 42g, dapat hasilkan 23 biji bomboloni,
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Pastry Cream
- 2 kuning telur
- ¼ cawan gula kastor
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- ¼ sudu kecil garam
- 1 ¼ cawan /310ml susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar mentega
Bahan Untuk Coklat Cream
- 1 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 cawan/ 250ml susu full cream
- 80g dark atau milk coklat kompaun
Bahan Untuk Doh Bomboloni
- 1 cawan / 250ml susu full cream
- 4 sudu besar sudu besar gula kastor
- 2 ½ sudu kecil serbuk yis
- 540g tepung hi-protein atau tepung roti
- 1 sudu kecil baking powder
- 5 sudu besar / 70g mentega
- 1 biji telur saiz B
- ¼ sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu tepung (Che Nom tambah off record)
- ¼ cawan air (tambah lagi sedikit jika perlu)
Cara Menyediakan
Untuk Pastry Cream
- 1Asingkan kuning dan putih telur.
- 2Masukkan gula kastor, tepung gandum, tepung jagung bersama sedikit garam kedalam kuning telur. Gaul sebati sehingga menjadi cair sekata.
- 3Panaskan susu full cream hingga suam lalu tuang sedikit demi sedikit kedalam acuan kuning telur.
- 4Tambah esen vanilla.
- 5Masak acuan dan kerapkan kacau sehingga menjadi pekat dengan api yang perlahan.
- 6Masukkan mentega dan kacau sehingga licin.
- 7Kemudian, masuk dan sejukkan acuan kedalam piping bag.
Untuk Coklat Cream
- 1Ayak serbuk koko lalu masukkan tepung jagung, mentega, susu pekat dan susu full cream.
- 2Masak acuan sehingga menjadi pekat.
- 3Sesudah menjadi pekat, tutup api lalu masukkan dark atau milk coklat kompaun. Gaul sehingga sebati.
- 4Kemudian, masuk dan sejukkan acuan kedalam piping bag.
Untuk Doh Bomboloni
- 1Bancuh serbuk yis segera bersama susu full cream suam dan gula kastor, lalu gaul kesemuanya.
- 2Masukkan tepung hi-protein, baking powder, mentega atau marjerin, telur dan bancuhan yis kedalam bekas pengadun, lalu uli sehingga menjadi doh.
- 3Ketika menguli, masukkan garam dan air lalu sambung uli sehingga menjadi doh kental dalam anggaran masa 10-15 minit.
- 4Keluarkan doh apabila doh sudah tidak melekat pada bekas pengadun, uli seketika dengan tangan diatas tempat taburan tepung.
- 5Griskan mangkuk dengan minyak. Kemudian, masukkan doh dan perap hingga naik 2 kali ganda.
- 6Selepas 1½ jam apabila doh menjadi kembang, uli doh sekali lagi.
- 7Bahagikan kepada doh-doh kecil, dan timbang berat dalam 40g atau 50g.
- 8Bulatkan doh lalu letakkan diatas dulang yang berlapik kertas baking dan susun dengan jarak.
- 9Tekan doh sedikit rata dan perapkan sekejap sehingga naik atau kembang.
- 10Panaskan minyak lalu goreng doh sehingga keperangan kedua belah bahagian donut.
- 11Bila donut masih panas, gaul dan salut ia dengan gula kastor atau gula icing bersama snow powder.
Untuk Meletakkan/’Pipe’Kan Topping
- 1Gunting donut sedikit atau membuat lubang menggunakan chopstick.
- 2Masukkan fillings pastry cream dan coklat cream kedalam donut.
- •Gunakan api perlahan memasak acuan pastry cream.
- •Jika yakin bahawa yis sudah okay, boleh masukkan terus dan kacau didalam adunan tepung lalu uli kesemuanya.
- •Jika mahu menggunakan cara “slow rising”, boleh bancuh dengan air sejuk atau air ketulan ais.
- •Jika tidak mahu uli menggunakan pengadun, boleh sahaja uli menggunakan tangan.
- •Elak letakkan garam bersama bancuhan yis supaya yis tidak rosak.
- •Jika tidak mahu membuat bulatan dengan tangan, boleh sahaja menggunakan dengan acuan ring.
- •Elakkan daripada mengalih donut banyak kali kerana donut akan jadi lebih berminyak.
- •Seeloknya untuk yang berniaga, salutkan menggunnakan dengan snow powder untuk menjadikan gula tahan lebih lama.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






