ResepiCheNom
Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak
Ayam

Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak

Hi Semua. Untuk kali ini, Che Nom nak masak masakan yang dulu-dulu selalu dimasak masa kat rumah bujang. Ayam goreng madu dengan nasi minyak dan sos cili ala Thai.

Nampak banyak menu ni, tapi sebenarnya tak susah pun, bahan-bahan pun mudah saja. Tetapi hasil nya terutama sekali ayam tu memang sangat sedap, sebab lembut ada rasa berempah sikit hasil perapan yang cukup untuk memberikan rasa yang enak pada ayam.

Resepi ni wajib cuba kalau anda nak pelbagaikan menu untuk dimakan bersama keluarga. Anak-anak Che nom suka sangat ayam madu ni.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
8 April 20217K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ayam Madu

  • ½ ekor ayam
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • *boleh tambah 1 batang serai
  • sedikit air
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • ½-1 sudu besar madu
Iklan

Bahan Untuk Nasi Minyak

  • 2-3 sudu besar majerin/mentega/minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • ½ biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun pandan
  • rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)
  • 2 cawan beras
  • Anggaran 2 cawan air + 1 cawan susu cair
  • garam secukup rasa
Iklan

Bahan Untuk Sos Cili Ala Thai

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 5-6 tangkai cili padi merah
  • 1-2 cawan air
  • akar ketumbar
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1/4 cawan cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Ayam Madu

  1. 1
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai bersama sedikit air.
  2. 2
    Masukkan bahan kisar halus, sedikit garam, kicap manis dan madu kedalam ayam yang dipotong kecil.
  3. 3
    Gaul kesemuanya hingga sebati dan perap minimum 1 jam.
  4. 4
    Kemudian, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak tetapi jangan terlalu lama.
  5. 5
    Selepas digoreng, sapu ayam dengan madu dan gaul sekata.
Iklan

Untuk Nasi Minyak

  1. 1
    Hiris nipis bawang besar dan halia.
  2. 2
    Tapis dan tos beras yang telah direndam lembut selama 1 jam.
  3. 3
    Panaskan majerin/mentega/minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.
  4. 4
    Tumis bawang besar dan halia, rempah empat sekawan, daun pandan, dan tuang beras yang telah direndam. Lalu, goreng kesemuanya seketika dalam masa 2-3 minit.
  5. 5
    Masukkan air dan susu cair mengikut sukatan bersama garam secukup rasa dan kiub ayam (pilihan).
  6. 6
    Kemudian, pindah masuk kedalam periuk nasi dan masak.
  7. 7
    Nasi minyak siap dimasak boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar, bawang goreng dan cili merah bersama ayam goreng madu dan sos ala Thai.
Iklan

Untuk Sos Cili Ala Thai

  1. 1
    Kisar kasar bawang putih, cili merah, cili padi dan halia (pilihan) beserta air.
  2. 2
    Tuang bahan kisar kasar kedalam periuk.
  3. 3
    Masukkan akar ketumbar, cuka, gula dan bancuhan tepung jagung bersama sedikit air sehingga sos menjadi pekat.
  4. 4
    Bila sudah mendidih, tutup api dan sejukkan sos cili.
Iklan
Petua & Panduan
  • Jangan letak terlalu banyak madu kerana akan membuatkan gorengan ayam menjadi hitam.
  • Jika menggunakan beras biasa, tidak perlu rendam beras. Hanya basuh dan tapis sahaja dan terus masak.
  • Sukatan nisbah beras dan air ialah 1 cawan beras kepada 1½ cawan air.
  • Jika tidak mahu menggunakan cuka, boleh digantikan dengan jus lemon.
  • Boleh juga ditambah sos ikan kedalam sos cili ala Thai.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru