
Ayam Goreng Berempah
Resepi Ayam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Sedap juga jika dimakan bersama nasi putih yang panas begitu sahaja.
Apa yang paling istimewa tentang resepi ini ialah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng. Lagi banyak serai, lagi sedap dan wangi ayam gereng berempah ini.
Juga lagi lama ayam diperap, lagi sedap dan lembut rasanya. Boleh juga perap di malam hari jika anda nak sediakan untuk sarapan pagi bersama nasi lemak. Satu lagi pesanan, jika anda tak ada serbuk bahan bertanda (*) jangan risau, oleh gantikan biji rempah yang asli dan kisar halus bersama bahan-bahan kisar yang lain.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ekor ayam
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar serbuk ketumbar*
- 1 sudu besar jintan manis*
- 1 sudu besar serbuk jintan putih*
- 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
- garam secukup rasa
- 5 tangkai daun kari
Bahan Untuk Kisar Halus
- 6 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 inci halia
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ayam dan toskan.
- 2Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
- 3Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
- 4Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
- •Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
- •Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






