
Kek Bundt Oren Lembap
Resepi Kek Bundt Oren Lembap, yang memang sangat special dan sedap. Che Nom memang menyukai kek yang sebegini dan kek ini sangat sesuai disediakan kepada tetamu istimewa anda jika ada majlis atau keraian, rupanya juga pasti menarik kerana boleh disediakan di dalam acuan bundt yang berbagai bentuk dan kek ini juga pasti boleh memikat tetamu anda semua.
Resepi diadaptasi dari Ina Gaten di Food Network, tetapi Che Nom ada ubah sedikit mengikut citarasa sendiri. Yang pasti keharuman dari bau parutan kulit oren dan kelembapan yang cukup sempurna membuatkan Che Nom sekeluarga suka sangat dengan hasilnya. Jika anda tidak mempunyai unsalted butter, boleh gunakan salted butter dan tidak perlu lagi masukkan garam ke dalam adunan. Buat peminat bundt cake, anda harus cuba.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kek Oren
- 227gram unsalted butter
- 2 cawan gula kastor
- 4 biji telur, saiz A
- 1/3 cawan parutan kulit oren, dari parutan 6 biji oren
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil garam
- 1/4 cawan perahan jus oren
- 3/4 cawan buttermilk
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla
Bahan Untuk Sirap Oren
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan perahan jus oren
Cara Menyediakan
Untuk Sirap Oren
- 1Satukan gula dan sirap oren. Masak di atas api sederhana sehingga cair.
- 2Ketepikan dan biar hingga sejuk.
Untuk Kek Oren
- 1Panaskan oven kepada suhu 170?.
- 2Griskan bundt pan dengan mentega dan kemudian taburkan tepung pada bahagian yang digriskan dengan mentega tadi. Golek-golekkan tin supaya tepung menyaluti tin dengan sekata. Kemudian ketuk perlahan tin supaya lebihan tepung jatuh keluar.
- 3Dengan mixer, mentega bersama gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan parutan kulit oren dan putar sekata.
- 4Dengan kelajuan sederhana, masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk mixer.
- 5Ayak tepung gandum bersama baking soda, baking powder dan garam. Di dalam bekas berlainan, satukan jus oren, buttermilk dan ekstrak vanilla.
- 6Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixer, diselang selikan dengan bahan campuran cecair jus.
- 7Tuang adunan ke dalam bund pan dan ketuk sedikit di atas permukaan keras supaya ruang udara tidak terhasil di dalam adunan.
- 8Bakar selama 45minit hingga ke 1 jam, bergantung kepada oven masing-masing.
- 9Cucuk lidi dan apabila lidi keluar dengan licin bermakna kek sudah masak. Sejukkan kek di atas rak dan kemudian terbalikkan nya dengan perlahan di atas rak penyejuk.
- 10Gunakan berus pastri dan sapu sirap orend dengan rata di atas permukaan kek. Tujuannya ialah supaya kek menyerap cecair sirap oren dan menambahkan lagi kelembapan dan kesedapan kek.
- •Jika anda tidak mempunyai buttermilk, boleh gunakan susu biasa sebanyak 3/4 cawan dan campur dengan 2-3 sudu jus lemon.
- •Kacau dengan perlahan dan biarkan susu selama 5 minit. Susu akan bertukar menjadi pekat kerana tindakbalas asid dengan susu. Mudah kan? :)
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour




